Page 89 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 89

1. Pertanian dan Perdagangan

                    Kehidupan masyarakat tamadun awal mulai berkembang apabila terdapat kegiatan pertanian.
                    Penciptaan pelbagai peralatan, pembinaan saliran, penciptaan kincir angin dan pembinaan
                    teres di tanah tinggi telah menggalakkan kegiatan pertanian dalam kalangan masyarakat.
                    Perkembangan ini seterusnya telah mewujudkan  kegiatan perdagangan. Pertama,
                    perdagangan tempatan, iaitu masyarakat yang tinggal di kota mendapatkan makanan dan
                    barangan pertanian dengan menukarkan barangan kraf tangan dan perkhidmatan termasuklah
                    kegiatan keagamaan. Kedua, perdagangan jarak jauh. Masyarakat dari kawasan tamadun
                    yang berbeza bertukar-tukar barangan dengan penduduk yang mempunyai bahan mentah,
                    seperti logam, emas dan besi. Berlaku kegiatan perdagangan antara masyarakat Sumer
                    dengan Mesir dan antara masyarakat Sumer dengan Mohenjo-Daro.































                    Ilustrasi menunjukkan kegiatan perdagangan pada zaman Mesir Purba.




                    2. Sistem Pemerintahan

                    Kerajaan telah dibentuk untuk mengurus pemerintahan
                    kota yang berkembang pesat kesan daripada pembentukan
                    bandar. Pada peringkat awal, pemerintahan negara-kota
                    diketuai oleh pendeta tetapi kemudiannya raja mengambil
                    alih peranan sebagai pemerintah. Raja telah dibantu oleh
                    pegawai  daripada  golongan  bangsawan  dan  pendeta             Cerna Minda
                    memerintah negara-kota. Selain itu, bagi melicinkan urusan       Nyatakan ciri-ciri
                    pentadbiran negara, undang-undang telah dibentuk.             tamadun awal dunia.



                                                                                                        81
                                                                                                        81
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94