Page 148 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 148
5.1 Jirim dalam Alam
• Menyatakan bahawa hampir semua benda yang wujud dalam alam ialah jirim.
• Membuktikan bahawa benda hidup dan benda bukan hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
• Membezakan sifat fizikal dengan sifat kimia jirim.
• Mengelaskan bahan daripada pelbagai ciri.
erhatikan Gambar foto 5.1. Bolehkah anda senaraikan benda-benda yang terdapat
Pdalam gambar foto ini? Adakah benda-benda tersebut mempunyai jisim dan
memenuhi ruang? Tahukah anda bahawa semua benda yang anda senaraikan itu
merupakan jirim. Jirim boleh didefinisikan sebagai semua benda yang mempunyai
jisim dan memenuhi ruang.
Gambar foto 5.1 Jirim
Semua benda hidup termasuklah manusia, tumbuhan
dan haiwan dikelaskan sebagai jirim. Benda bukan hidup
seperti air, tanah, batu dan udara juga ialah jirim. 1. Adakah terdapat
objek yang mempunyai
Bolehkah anda nyatakan contoh bukan jirim? Mari kita jisim tetapi tidak
jalankan Aktiviti 5.1 untuk membuktikan bahawa hampir memenuhi ruang?
semua benda hidup dan benda bukan hidup dalam alam ini 2. Adakah terdapat
objek yang memenuhi
merupakan jirim. ruang tetapi tidak
mempunyai jisim?
138 Bab 5
138
Bab 5

