Page 197 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 197
n ke
l
na
l
a
rk
P Ba n b 6: J ad a u a l B p e ad a P a e n y i as a ta n S a in t ifi k
Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
Bab 6: Jadual Berkala
ge
e
1. Masukkan satu spatula serbuk sulfur dan satu spatula serbuk besi ke dalam mangkuk
pijar. Kacau sehingga sebati. Catatkan warna campuran tersebut.
2. Timbang campuran tersebut. Catatkan jisim awal campuran.
3. Panaskan campuran sehingga campuran itu bertukar warna (Rajah 6.28).
4. Sejukkan hasil yang diperoleh. Timbang dan catatkan jisim akhir bahan tersebut.
Soalan
1. Apakah warna campuran tersebut apabila dipanaskan?
2. Tulis satu persamaan kimia dalam bentuk perkataan bagi tindak balas yang berlaku.
3. Apakah hasil yang terbentuk daripada aktiviti ini?
4. Adakah jisim sebelum pemanasan dan selepas pemanasan berubah?
Selepas menjalankan Aktiviti 6.11, anda dapat melihat bahawa logam dan bukan
logam membentuk sebatian apabila dipanaskan bersama dan jisim campuran sebelum
dan selepas dipanaskan adalah sama dan tidak berubah. Fenomena ini sentiasa berlaku
dalam kehidupan harian kita. Semua garam mineral yang dijumpai di Bumi wujud dalam
bentuk sebatian akibat daripada tindak balas kimia yang berlaku, kecuali emas, perak
dan platinum.
Kaedah Pengasingan Sebatian
Sebatian tidak dapat diasingkan melalui kaedah fizikal seperti campuran kerana
unsur-unsur dalam sebatian telah digabungkan secara kimia. Oleh itu, sebatian hanya
boleh diasingkan menggunakan kaedah kimia melalui proses elektrolisis. Apakah
proses elektrolisis?
Elektrolisis ialah proses penguraian sesuatu sebatian kepada
unsur-unsurnya apabila arus elektrik mengalir melaluinya.
Mari kita lihat cara oksigen dan hidrogen diasingkan daripada sebatian air melalui
proses elektrolisis seperti di Rajah 6.29.
Oksigen Hidrogen
• Air terdiri daripada gabungan unsur
hidrogen dan oksigen secara kimia.
• Oleh itu, untuk mengasingkan unsur Air + larutan
hidrogen dan unsur oksigen daripada air, air asid sulfurik
perlu melalui proses elektrolisis.
• Rajah 6.29 menunjukkan cara elektrolisis Anod Katod
dijalankan secara ringkas. Melalui proses
ini, gas hidrogen terhasil di elektrod negatif
(katod) dan gas oksigen pula terhasil di A Ammeter
elektrod positif (anod).
Sel kering
Rajah 6.29 Elektrolisis air
187
Bab 6
Bab 6 187

