Page 103 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 103

Seni Bahasa



                               AKTIVITI                                 Warisan

                          Huraikan persoalan yang   Jika  hujan  berterusan mencurah  ke  dada  bumi,  Syukri
                          terdapat dalam cerpen.   tentu sukar untuk terlena. Dia bimbang air yang selama ini
                                                   terkepung di dalam Sungai Pahang akan melimpah. Ikan-ikan
                  patin di dalam sangkar tentu akan bolos apabila sangkar rosak dihentam arus deras.
                      “Syukri, ikan-ikan di dalam sangkar ini masa depan kita,” kata ayah kepadanya suatu ketika   T
                  dahulu sebelum ayah menghadap Ilahi. Ketika usianya 13 tahun, dia perlu mengambil alih urusan   E
                  jual beli dan penjagaan ikan-ikan di dalam sangkar.                                           M
                      “Jangan bangun lewat lagi. Ikan-ikan perlu diberi makanan. Sangkar-sangkar juga perlu     A
                  diperiksa. Jangan sampai bocor,” satu demi satu arahan diberikan oleh ibu ketika Syukri mula-mula
                  menggantikan tugas ayahnya, setahun yang lalu.                                                8
                      Kini, ibu tidak perlu lagi berpesan-pesan kepada Syukri. Syukri telah ingat semuanya. Selepas
                  pulang dari sekolah, Syukri akan menjenguk sangkar-sangkar ikan. Sangkar-sangkar ikan perlu
                  diperiksa selalu. Sampah sarap di dalam sungai akibat perbuatan manusia boleh membunuh ikan.
                  Jika lumpur atau sampah sarap melekat di bahagian insang ikan, benih ikan sukar bernafas dan mati.
                      “Wah, ikan-ikan yang ada di dalam sangkar awak
                  betul-betul sihat dan segar!” puji Pak Cik Rasyid,
                  salah seorang pengusaha restoran yang menerima
                  bekalan ikan daripada ternakan ikan sangkar Syukri.
                      Syukri hanya mampu tersenyum puas mendengar
                  pujian sebegitu.
                      “Kalau begini, berbaloilah pak cik bayar harga
                  yang mahal,” katanya lagi.
                      “Terima kasih, pak cik,” kata Syukri.
                      “Walaupun awak sudah pandai jaga ikan-ikan ini,
                  jangan lupa akan pelajaran. Ilmu penting untuk masa
                  depan,” nasihat Pak Cik Rasyid sambil membayar
                  wang kepada Syukri.
                      Syukri akur dengan nasihat Pak Cik Rasyid
                  itu. Dia ingin menuntut ilmu. Ilmu itu nanti akan
                  digunakan untuk membantunya meneruskan usaha
                  penternakan ikan patin ini. Dia tahu bahawa cabaran yang mendatang pasti akan menjadi lebih
                  sukar. Namun, dia akan berusaha untuk mendepani cabaran itu. Ternakan ikan sangkar ini bukan
                  satu bebanan tetapi warisan buatnya.

                                                                                    (Nukilan: Alias Derais)
                                   PERKASA ILMU

                   Persoalan ialah perkara yang dibincangkan dalam
                   sesuatu karya bagi menyokong tema. Contohnya,          Penternakan ikan di dalam sangkar
                   persoalan  tentang kehidupan usahawan tani yang        dapat meningkatkan pendapatan
                   berjaya dalam pertanian moden.                         penternak. Bincangkan.


                                                                                                     89
                         4.1.1                                                                       89
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108