Page 104 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 104

Tatabahasa



                                              Manggis Ratu Buah-buahan



                                   AKTIVITI
                         1.  Kenal pasti imbuhan awalan dan
                             imbuhan akhiran dalam teks.
           T             2.  Bina ayat dengan menggunakan
           E                 perkataan  yang  mempunyai
           M                 imbuhan awalan dan imbuhan
           A                 akhiran tersebut.
           8        Manggis atau nama saintifiknya Garcinia mangostana berasal dari Malaysia dan dikenali
                    sebagai Ratu Buah-buahan Tropika. Isi manggis yang enak menjadikannya buah eksotika
                    kegemaran pengguna di dalam dan di luar negara.
                       Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melihat potensi pasaran manggis berasaskan
                    trend permintaan yang semakin meningkat di dunia. Program penanaman manggis telah
                    dilaksanakan dan telah meningkatkan keluasan tanaman. Dalam Dasar Pertanian Negara
                    Ketiga (1998 – 2015) manggis telah dipilih sebagai buah kemegahan negara bagi tujuan
                    eksport. Manggis adalah antara 15 jenis buah tempatan penting yang boleh menyumbangkan
                    pendapatan kepada negara melalui perdagangan antarabangsa.
                       Kini, manggis mendapat permintaan yang tinggi daripada negara maju seperti China,
                    Jepun, Hong Kong, dan di negara Timur Tengah. Jabatan Pertanian telah mengambil
                    inisiatif untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti manggis. Dua jenis klon manggis telah
                    dihasilkan, iaitu GA 1 atau manggis biasa dan GA 2 yang dikenali sebagai Mesta. Kini,
                    Mesta popular dalam kalangan pengusaha tanaman manggis kerana kualitinya yang tinggi.
                       Manggis mempunyai kandungan nutrisi pemakanan yang tinggi. Selain permintaan
                    manggis segar, manggis juga digunakan dalam industri kosmetik. Banyak produk kecantikan
                    menggunakan ekstrak kulit manggis. Manggis juga dikenal pasti sebagai produk antikanser,
                    antibakteria, dan mampu mengurangkan toksik di dalam badan. Kajian yang dijalankan oleh
                    institusi farmasi di Amerika Syarikat mendapati bahawa manggis mempunyai nilai kesihatan
                    yang tinggi dan mampu meningkatkan kualiti kehidupan.
                                                                (Sumber: FAMA, Potensi Buah-buah Terpilih, 2009)

                                                         PERKASA ILMU


                     Buah manggis mengandungi antioksidan yang baik yang dinamai polifenol. Hasil kajian
                     menunjukkan bahawa ciri-ciri antioksidan polifenol jauh lebih tinggi daripada vitamin C, E,
                     dan karetonoid. Antioksidan yang tinggi ini menjadikan manggis buah yang dapat mencegah
                     kerosakan sel di dalam badan akibat radikal bebas dan menguatkan daya tahan melawan penyakit.




                     90
                     90             5.3.1
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109