Page 105 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 105

Unit         16        Dunia Baharu Tani






                          Mendengar dan Bertutur

                                             Program Pertanian Bandar


                    Tahukah anda bahawa penduduk di kawasan bandar
                    juga boleh bercucuk tanam? Program Pertanian Bandar             AKTIVITI                    T
                    merupakan satu kempen untuk menggalakkan masyarakat       Jelaskan satu daripada            E
                    bandar bercucuk tanam.                                    Program Pertanian Bandar.         M
                                                                                                                A
                               CIRI-CIRI PERTANIAN BANDAR
                               3  Tidak memerlukan tanah atau ruang                                             8
                                  yang luas
                               3  Teknik penanaman menggunakan
                                  teknologi
                               3  Sesuai untuk tanaman sayur-sayuran
                                  dan bunga-bungaan
                               3  Hasil yang banyak dan bermutu tinggi





















                                       PERKASA ILMU

                  Program Pertanian Bandar ialah aktiviti pertanian yang
                  dijalankan di kawasan bandar dengan penggunaan teknologi
                  dan kaedah yang moden. Penduduk bandar boleh bercucuk
                  tanam di atas bumbung bangunan, di dalam bangunan, rumah          TEROKA MINDA
                  kaca, koridor, atau beranda rumah mereka. Aktiviti pertanian
                  bandar atau urban farming ini telah dipraktikkan di negara    Cari kaedah lain yang
                  Singapura,  Jepun, dan Korea. Penduduk bandar digalakkan      boleh diaplikasikan dalam
                  bertani seperti menanam sayur-sayuran dan bunga-bungaan       Program Pertanian Bandar.
                  di sekitar rumah mereka.

                         1.8.1                                                                       91
                                                                                                     91
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110