Page 106 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 106
Membaca
Bakti Keringat
AKTIVITI
Ada baja atas jerami, Lafazkan pantun dengan sebutan
Padi Malinja tanaman kami. dan intonasi yang betul, kemudian
berikan maksud pantun.
Asah pensel atas titi,
T Dapat hasil senang hati.
E
M
A Pakai baju cantik bergaya,
Petani maju negara kaya.
8
Bunga seroja tepi paya,
Rajin bekerja petani jaya.
Pergi memukat anak tenggiri,
Rezeki berkat usaha sendiri.
Naik sampan ke Pulau Amat,
Hasil tangkapan besar rahmat.
Padi ditampi laju-laju,
Petani berbakti negara maju.
( Ummi Solehah, 2016)
PERKASA ILMU
Pantun dua kerat ialah pantun yang mempunyai
baris pertama sebagai pembayang dan baris
kedua sebagai maksud. Rima akhir pantun dua
kerat adalah dalam bentuk a,a. Terdapat pelbagai TEROKA MINDA
jenis pantun seperti pantun kiasan, pantun jenaka,
pantun kasih sayang, pantun teka-teki, pantun Secara berkumpulan, cipta pantun
berkait, dan pantun budi. dua kerat mengikut jenisnya.
92 2.1.2

