Page 131 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 131

Menulis

                                         Festival Layang-layang Berprestij


                                                 BINTULU, 28 November – Festival Layang-layang
                             AKTIVITI            Antarabangsa Borneo Bintulu, Sarawak berlangsung
                        Analisis tatabahasa dan   daripada 23 – 27 September. Festival ini adalah festival yang
                        betulkan kesalahan yang   kesebelas. Festival ini telah diberi penambahbaikan supaya
                        terdapat dalam petikan.   menjadikannya satu upacara yang paling berprestij sekali.
                                                     “Festival layang-layang kali ini kita jangkakan tercatat   T
                                                                                                                E
                  dalam The Malaysia Book of Records bagi kategori The Longest Arch Kite Tunnel. Program        M
                  ini dijangka dapat menarik perhatian pengunjung dari dalam dan luar negara,” katanya pada     A
                  sidang media di sini petang semalam.
                      Beliau percaya bahawa festival layang-layang                                             10
                  dalam kalendar pelancongan ini dapat membantu
                  mempromosikannya pada mata dunia. Festival ini
                  dapat menggalakkan lebih ramai orang daripada
                  luar Bintulu datang berkunjung ke sini.
                      “Festival ini mendapat pengiktirafan serta
                  sokongan peserta antarabangsa. Pada setiap tahun
                  terdapat penambahan peserta. Hal ini memberikan
                  harapan untuk penganjur bagi menjadikannya
                  sebagai sukan layang-layang terbesar di rantau
                  Pasifik,” ujar beliau lagi.
                      Perasmian dijangka disempurnakan oleh Ketua
                  Menteri Sarawak pada 27 September, jam 9:30
                  pagi. Tujuan perasmian ini ialah untuk menarik
                  perhatian ramai tentang festival ini. Majlis yang
                  diadakan di lapangan terbang lama Bintulu ini akan
                  dihadiri oleh orang kenamaan negeri Sarawak.


                                                       PERKASA ILMU


                   Secara umumnya, wau dan layang-layang ialah dua jenis permainan yang sama. Perkataan wau disebut
                   oleh masyarakat Melayu Pattani (Thailand) dan masyarakat di sesetengah negeri seperti Terengganu,
                   Kelantan, Kedah, dan Perlis. Sementara itu, perkataan layang-layang pula digunakan di negeri sebelah
                   Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti Selangor dan Melaka. Ada pendapat yang menyatakan bahawa
                   wau berasal dari negara China sejak 3000 tahun yang lalu. Pada awalnya, wau dicipta sebagai lambang
                   kebesaran sesebuah negara. Apabila sesebuah negara berjaya dalam peperangan, rakyat akan meraikannya
                   dengan cara menerbangkan wau di angkasa. Kini, permainan wau atau layang-layang dijadikan sebagai
                   salah satu daripada aktiviti riadah yang menyeronokkan oleh masyarakat pelbagai peringkat usia.
                                                                                 (Sumber: www.motac.gov.my)



                         3.7.1                                                                      117
                                                                                                      7
                                                                                                    11
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136