Page 133 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 133

Tatabahasa


                                                 Bercuti ke Pantai Timur

                                                        Hanis serta keluarganya telah bercuti di Pantai Timur
                                 AKTIVITI               Malaysia pada cuti persekolahan hujung tahun.
                        1. Senaraikan kata adjektif     Mereka bercuti sambil menyambut hari keluarga.
                           berdasarkan bahan.           Hanis merakamkan pengalamannya di dalam sebuah
                        2. Bina ayat dengan menggunakan   buku catatan.
                           kata adjektif dalam perbualan.                                                       T
                                                                                                                E
                    Cuti persekolahan hujung tahun sudah tiba. Saya berasa begitu teruja dan tidak sabar        M
                    menunggu tibanya waktu untuk pergi bercuti. Keluarga saya telah merancang untuk             A
                    bercuti ke pantai timur sambil mengadakan sambutan hari keluarga yang kami adakan
                    saban tahun. Pada tahun ini, mak ngah telah memilih Pantai Timur sebagai destinasi kami.   10
                        Kami bertolak pada awal pagi. Van yang dipandu oleh ayah meluncur laju menuju
                    ke destinasi. Setiap orang, tidak kira besar ataupun kecil, tua ataupun muda, dibekalkan
                    dengan dua helai kemeja-T berwarna jingga dan ungu. Sepanjang perjalanan dari
                    lebuh raya Karak hingga Gambang, mak ngah tidak putus-putus memuji keindahan
                    pemandangan dan kehijauan landskap alam semula jadi. Perjalanan kami mengambil
                    masa yang lama. Begitu lambat rasanya untuk sampai ke destinasi kami. Kami terasa
                    penat dan lenguh apabila duduk lama di dalam kereta.
                        Hotel tempat kami menginap sangat cantik kerana terletak di persisiran pantai. Pasir
                    pantai di situ berwarna keemasan, bersih, dan halus. Saya berasa segar menghirup udara
                    pagi yang sungguh nyaman. Di hotel tersebut terdapat banyak kolam mandi yang pelbagai
                    bentuk. Ada kolam berbentuk segi empat, bulat, dan bujur. Saya berasa sungguh gembira
                    kerana dapat bercuti bersama-sama keluarga dalam percutian yang amat menyeronokkan
                    pada kali ini. Percutian kali ini merupakan percutian yang paling hebat dan menjadi
                    kenangan yang terindah buat saya dan keluarga.

                                                       PERKASA ILMU

                                         Kata adjektif sifatan atau keadaan           baik, jahat

                                                Kata adjektif warna                  merah, ungu
                                                Kata adjektif ukuran                panjang, pendek
                                                Kata adjektif bentuk                  bulat, lurus
                     KATA ADJEKTIF              Kata adjektif waktu                  baru, lampau

                                                 Kata adjektif jarak                  jauh, nyaris
                                                 Kata adjektif cara                  cepat, sering

                                               Kata adjektif perasaan                 rindu, ragu
                                             Kata adjektif pancaindera               sedap, comel



                                                                                                      9
                         5.1.2                                                                      119
                                                                                                    11
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138