Page 134 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 134

Pengukuhan dan Pengayaan


                                                          Duniaku




                                                            AKTIVITI
                          1.  Senaraikan kata nama am, kata nama khas, dan kata nama khas yang mengalami pemajmukan.
                          2. Baca dan fahami maklumat dalam bahan untuk membina satu blog pelancongan anda. Sila
                            layari laman sesawang www.blogspot.com untuk membina blog secara percuma.
           T
           E
           M                                 Riadah di Taman Botani Putrajaya
           A
                     Salah satu destinasi yang menarik untuk kita lawati ialah Taman Botani Putrajaya.
          10         Di Taman Botani ini terdapat Taman Etnobotani yang dikendalikan oleh Jabatan Landskap

                     dan Taman, Putrajaya. Taman Botani ini ialah Taman Herba. Pelbagai jenis herba boleh
                     didapati di sini. Taman Botani ini sesuai bagi pencinta alam flora dan fauna. Biasanya,
                     ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa mereka di sini pada hujung minggu. Ada yang
                     datang pada awal pagi dan ada juga yang gemar datang pada waktu petang.
                        Bagi keluarga yang tidak gemar berjalan jauh, mereka bolehlah menyewa basikal
                     di taman yang luas ini. Mereka yang berminat untuk menyewa
                     basikal perlu datang lebih awal kerana bilangan basikal di sini terhad.
                     Sebaik-baiknya, penunggang basikal memakai cermin mata hitam
                     jika berbasikal pada waktu panas bagi mengelakkan mata daripada
                     pancaran cahaya matahari. Kalau tidak mahu berbasikal, pengunjung
                     boleh menggunakan perkhidmatan trem. Pengunjung boleh duduk
                     di dalam trem sambil menghirup udara segar dan menikmati
                     panorama yang indah. Sekali-sekala menarik juga berkaki
                     ayam di atas rumput. Aktiviti ini juga bagus untuk kesihatan.
                        Di Taman Botani yang diselenggarakan oleh Perbadanan
                     Putrajaya ini, terdapat banyak kawasan yang ditanam dengan
                     bermacam-macam tanaman seperti Denai Helikonia, Taman
                     Pepanjat, Taman Suria, Bukit Palma, Taman Afrika, Taman
                     Amerika Tropika, Laman Bunga Raya, Terowong Bunga Kertas,
                     dan Taman Paku Pakis. Sejuk mata melihat pemandangan yang
                     indah ini. Ayuh kita ke Taman Botani Putrajaya!


                                                         PERKASA ILMU

                     Di Putrajaya, pengunjung boleh melakukan banyak aktiviti yang menarik seperti berkunjung ke Taman
                     Warisan Pertanian, Taman Wetland, dan Taman Saujana Hijau. Mereka yang meminati aktiviti lasak
                     pula bolehlah berkunjung ke Taman Cabaran. Selain itu, pengunjung boleh menaiki kapal persiaran
                     di Tasik Putrajaya dan menikmati keindahan bunga-bungaan di Festival Floria Putrajaya.


                    120
                    120
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139