Page 17 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 17
Membaca
Minggu Kebersihan dan Keceriaan
Kelab Kebersihan dan Keceriaan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Citra akan
menganjurkan Bengkel Penampilan Diri.
AKTIVITI
Baca pengumuman yang PENGUMUMAN T
diberikan dengan sebutan Bersempena dengan Minggu Kebersihan dan Keceriaan, semua E
dan intonasi yang betul. murid dipelawa untuk menyertai Bengkel Penampilan Diri yang M
akan dianjurkan oleh Kelab Kebersihan dan Keceriaan sekolah. A
Bengkel akan dikendalikan oleh penceramah yang terkenal. Butir-butir yang berkaitan dengan bengkel 1
ini adalah seperti yang berikut:
Tarikh: 21 Januari 20
Tempat: Dewan Citra Utama
Hari:
Masa: 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Yuran: RM5.00
Penyertaan dibuka kepada 100 orang murid sahaja. Minuman pagi dan makanan tengah hari akan
disediakan. Murid diwajibkan memakai pakaian rasmi sekolah semasa menghadiri bengkel ini. Cabutan
bertuah juga akan diadakan. Murid yang bertuah akan membawa pulang hadiah produk kesihatan dan
penjagaan diri. Ayuh, rebutlah peluang ini!
Sila berikan nama kepada Musliha binti Omar dari Tingkatan 1 Meranti. Penyertaan hendaklah dibuat
sebelum atau pada 16 Januari 20 . Terima kasih.
TEROKA MINDA
Urus Setia Minggu Kebersihan dan Keceriaan Bincangkan kelebihan dan kekurangan
mengikuti Bengkel Penampilan Diri
dengan rakan anda. Bentangkan hasil
perbincangan tersebut di hadapan kelas.
PERKASA ILMU
Penampilan diri ialah pembentukan diri seseorang
agar kelihatan menarik dari segi fizikal dan
mempunyai keperibadian yang terpuji. Penampilan
diri pada asasnya terbentuk daripada asuhan,
didikan, dan pengaruh ibu bapa, guru, rakan sebaya,
dan masyarakat sekeliling.
(Sumber: https://www.scribd.com/doc/150711401/
Taklimat-Penampilan-Diri-Murid-ppt)
2.1.1 3 3

