Page 22 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 22

Membaca
                                                                                     AKTIVITI
                            Petua Bersih Berseri                                Lafazkan pantun dengan
                                                                                sebutan dan intonasi yang
                    Tanam keladi pagi hari,                                     betul.
                       Cahaya suria dilitupi awan;
                    Hiasi peribadi bersihkan diri,
                       Berwajah ceria ramailah kawan.


           T        Pendekar budiman santun peribadi,
           E           Belayar bersama kemudi bahtera;
           M        Ingatlah teman pentingnya mandi,
           A           Petua utama hidup sejahtera.
           1        Cantik karangan bunga dahlia,

                       Disisip orkid terasa megah;
                    Cuci tangan amalan mulia,
                       Pasti penyakit dapat dicegah.

                    Hinggap undan di tengah laman,
                       Terbang ke hutan mematuk saga;
                    Pastikan badan bebas berkuman,
                       Agar kesihatan sentiasa terjaga.

                    Seri Langkat lagu siulan,
                       Dikir Puteri mengalun pesona;                         AKTIVITI INTERAKTIF
                    Makanan berkhasiat jadikan amalan,                  Berikan ulasan anda tentang pengajaran
                       Supaya diri takkan merana.                       yang terdapat dalam pantun.

                    Kain songket berhias sulaman,
                       Bercorak kekwa berdaun peria;                           PERKASA ILMU
                    Kalau penyakit datang berteman,              Ciri-ciri Pantun Empat Kerat
                       Meragut nyawa tinggallah dunia.           •  Pantun mempunyai pembayang dan maksud
                                     (Mardian, MSO: 2016 Uniten)     (dua baris pertama ialah pembayang dan
                                                                    dua baris kedua ialah maksud).
                                                                 •  Setiap baris mempunyai empat atau lima
                                                                    patah perkataan.
                                                                 •  Setiap baris mempunyai sembilan hingga
                                                                    12 suku kata.
                                                                 •  Rima akhir pantun ialah a,b,a,b.
                                                                 •  Pengajaran atau mesej dalam pantun
                                                                    meliputi pengertian membimbing, mendidik,
                                                                    memberikan panduan, peringatan, iktibar,
                                                                    teladan, dan sebagainya.


                      8 8          2.1.2
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27