Page 18 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 18

Menulis


                              Remaja dan Kebersihan Diri




                                            AKTIVITI
                          1.   Jelaskan makna bagi perkataan yang berwarna merah.
                          2.   Bina ayat daripada perkataan tersebut mengikut konteks
                             yang betul.
           T
           E
           M        Kebersihan dan penjagaan diri sangat penting kepada semua
           A        orang, khususnya golongan  remaja. Hal ini dikatakan
                    demikian kerana semasa proses akil baligh, kulit remaja
           1        yang  aktif  akan  mengeluarkan  peluh  yang  berlebihan

                    sehingga mengakibatkan liang folikel tersumbat. Apabila
                    hal ini berlaku, kulit remaja yang sensitif akan mudah
                    berjerawat. Oleh itu, remaja perlulah menitikberatkan aspek
                    kebersihan diri, terutamanya penjagaan muka.
                       Remaja hendaklah mencuci muka dengan kerapnya                 Penampilan remaja perlu
                    bagi  memastikan  wajah  sentiasa  bersih. Amalan  ini           mengikut kesesuaian
                    bertujuan untuk menghilangkan minyak dan habuk yang              sesuatu majlis. Jelaskan
                    terampai pada pori-pori kulit muka. Remaja perlu bijak           pandangan anda tentang
                    memilih produk penjagaan muka yang sesuai supaya tidak           perkara ini.
                    mengalami gejala alergi dan kerengsaan.
                       Pemilihan barangan penjagaan diri yang sesuai juga             PERKASA ILMU
                    penting bagi menjamin kebersihan dan penampilan diri yang
                    sempurna. Sesetengah remaja menggunakan penyental dan    Sun Protection Factor (SPF)
                    pelembap muka untuk mendapatkan wajah yang bersih dan    ialah skala yang digunakan untuk
                    berseri. Kaedah ini juga dapat membaharui sel-sel kulit mati.  mengukur tahap perlindungan
                       Selain itu, pengeluaran peluh yang berlebihan dan     kulit daripada sinaran matahari.
                    perubahan hormon dalam diri remaja juga menyebabkan      SPF, biasanya, tertera pada produk
                                                                             perlindungan sinar matahari untuk
                    masalah bau badan. Oleh hal yang demikian, remaja mestilah   tubuh dan wajah, misalnya SPF 15
                    bijak memilih pewangi badan dan produk antipeluh yang    dan SPF 24. Produk dengan angka
                    sesuai. Remaja juga perlu menitikberatkan penjagaan mulut  SPF yang rendah sesuai digunakan
                    dan tatarias diri. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan diri  ketika kita beriadah di dalam ruangan
                    remaja dan disenangi oleh rakan-rakan. Amalan menjaga  yang kurang terdedah kepada sinar
                    kebersihan diri mestilah dilaksanakan setiap masa supaya  matahari. Bagi mereka yang gemar
                    kita terhindar daripada sebarang penyakit.               beriadah di kawasan terbuka seperti
                       Sebagai golongan yang diharapkan untuk mencapai       padang dan pantai, gunakanlah SPF
                    aspirasi negara, remaja bukan sahaja perlu berpendidikan   dengan angka yang lebih tinggi.
                    dan berkeperibadian tinggi, bahkan perlu juga sentiasa    (Sumber: http://www.medicalnewstoday.
                    bersih, rapi dan berketerampilan.                                   com/articles/306838.php)


                      4 4           3.1.1
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23