Page 185 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 185

Membaca


                                            Kepentingan Bahasa Melayu


                                           Bahasa Melayu ialah bahasa yang memainkan peranan penting
                           AKTIVITI        sebagai lingua franca sejak zaman kerajaan Sriwijaya sehingga
                        Baca petikan dengan   kini. Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957,
                        sebutan yang betul.  Perkara 152 (1) memperuntukkan bahawa bahasa Melayu ialah
                                           bahasa kebangsaan di negara ini. Sesebuah negara yang telah          T
                                           merdeka perlu memiliki bahasa yang diiktiraf sebagai bahasa          E
                  kebangsaan melalui penggubalan undang-undang. Bahasa kebangsaan pula perlu sebagai            M
                  penyatu perpaduan, terutama bagi negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.        A
                      Selain itu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi. Hal ini demikian kerana bahasa
                  rasmi digunakan dalam urusan pentadbiran, perundangan, pendidikan, hubungan perdagangan      15
                  serantau, dan urusan rasmi. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan melalui penggubalan
                  Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang memperuntukkan bahawa selepas 1 September 1967
                  bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam urusan rasmi kecuali urusan hubungan diplomatik
                  dan hubungan antarabangsa.
                      Seterusnya,  bahasa  Melayu  juga  berperanan  sebagai  alat  untuk  menyampaikan
                  ilmu pengetahuan, terutama dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi, kejuruteraan,
                  perubatan, perundangan, kesusasteraan, dan keagamaan. Perkara ini penting kerana bahasa
                  Melayu mampu berperanan sebagai bahasa akademik yang mempunyai kepelbagaian laras
                  bahasa. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata, istilah,
                  dan sistem tatabahasa yang boleh mengungkapkan konsep dan pemikiran sesuatu perkara
                  seperti hal-hal antarabangsa.
                      Di samping itu, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi. Bahasa
                  Melayu berpotensi menjadi bahasa antarabangsa kerana empat buah negara Asia Tenggara
                  menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, malahan bahasa Melayu juga dituturkan
                  oleh masyarakat Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka, dan
                  Afrika Selatan. Penutur bahasa Melayu dianggarkan telah berjumlah melebihi 300 juta orang.
                  Dalam majalah Dewan Bahasa (September, 2012), bahasa Melayu dikatakan menjadi bahasa
                  keempat dalam turutan bahasa terbesar di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris,
                  dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.


                                                                   (Sumber: Ensiklopedia Bahasa Melayu, 2008)






                                                        TEROKA MINDA
                         Secara berkumpulan, cari maklumat tambahan tentang peranan bahasa Melayu.




                                                                                                    171
                         2.1.1                                                                      171
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190