Page 187 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 187

Seni Bahasa


                                              Sebening Pelangi Bahasa




                           AKTIVITI        Rafiq menyelak buku catatan peribadinya. Buku tulis biasa
                        Hasilkan sinopsis   tetapi menyimpan kisah peribadinya. Buku memori suka duka
                        berdasarkan petikan.  bersama dengan Tok Ayah.  Kehidupan di desa penuh santun
                                           berbahasa. Adat budaya masih menjadi amalan mereka. Rafiq            T
                                           dihambat rindu mendalam terhadap Tok Ayah. Pemergian Tok             E
                    Ayah kepada Sang Pencipta secara mendadak akibat serangan jantung.                          M
                       Fikiran Rafiq kian menelusuri kisah lama. Dia tinggal di kampung setelah ibu bapanya     A
                    menetap di luar negara kerana tugas. Pada mulanya, Rafiq memberontak kerana keputusan
                    itu. Akhirnya, Rafiq akur akan keputusan Tok Ayah. Kata Tok Ayah, ilmu di dada sangat      15
                    sedikit untuk melawan arus negatif di negara orang. Jejak  juang bahasa Tok Ayah semakin
                    lama semakin bercambah dalam diri Rafiq. Pesan Tok Ayah, gunakanlah bahasa Melayu.
                       Rafiq menyelak helaian demi helaian. Rafiq membaca coretan lalu. Tok Ayah banyak
                    berkarya. Perjuangan beliau melalui luahan minda. Tok Ayah menulis puisi, cerpen,
                    novel, dan drama. Semuanya sarat dengan seruan pembangkit semangat. Biar tusuk
                    mata pena Tok Ayah masuk ke dalam kalbu semua bangsa. Bahasanya indah kerana citra
                    pemikirannya memberikan sejuta makna yang bererti. Maksud yang terangkum dalam
                    sajaknya boleh  dijadikan komunikasi dan penyatuan semua bangsa.
                       Yang jelas, karya sebagai senjata untuk memerdekakan masyarakat persis perjuangan
                    Tok Ayah dalam Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Pemikiran Tok Ayah yang tajam
                    mengkritik dan menegur bukan untuk mencari musuh. Niat Tok Ayah hanya mahu bahasa
                    milik nusa bangsa ini menjadi bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Kalau bahasa Melayu
                    dipinggirkan, dapatlah dibayangkan oleh Rafiq betapa kecewanya Tok Ayah.
                       Tok Ayah suka berseloka. Kalau adik Rina mahu tidur, didodoinya lagu puisi Melayu.
                    Kata Tok Ayah, biar seloka menjadi halwa telinga sejak kecil. Pesan Tok Ayah, kalau anak
                    muda rapuh jati diri maka akan hilanglah kemelayuannya. Tok Ayah bimbang kalau-kalau
                    bahasa ini akan terpinggir dan tercicir nanti. Jadi, dia mahu Rafiq terus memperjuangkan
                                                              martabat bahasa ini sebagai harta warisan
                                                              nusa bangsa nan abadi. Tok Ayah sasterawan
                                                              di hati Rafiq!
                                                                                           (B.Liana, 2016)

                                                                              PERKASA ILMU


                                                                Sinopsis ialah ringkasan cerita. Sesuatu karya
                                                                prosa perlu difahami dan dijalinkan daripada
                                                                peristiwa kepada peristiwa yang lain tanpa
                                                                mengubah maksud cerita asal.


                                                                                                    173
                         4.1.1                                                                      173
   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192