Page 188 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 188

Tatabahasa


                                                  Warkah dari Rantau


                                                      WATAK
                                 AKTIVITI             IBU:        Seorang ibu tunggal.
                          1. Kenal pasti kata adjektif   AMIZA:    Anak perempuan ibu yang tahu membaca
                            berdasarkan bahan.                    tulisan Jawi.
           T              2. Hasilkan perenggan cerita   MASA:    Waktu siang
           E                menggunakan kata adjektif.  TEMPAT:  Ruang tamu yang sederhana di kampung.
           M        (Ibu yang memakai baju kurung Johor dan berkain batik merah sedang membelek-belek
           A
                    sepucuk surat bertulisan Jawi yang baru diterima. Muncul Amiza di tangga kanan pentas
          15        selepas dipanggil oleh ibunya)

                    AMIZA:    Kenapakah ibu gembira? (Hairan) Siapakah yang datang tadi?
                    IBU:       Posmen. (Sambil menunjukkan kertas putih yang telah terbuka itu) Surat
                                daripada abang kamu di Madinah. Rindu ibu kepada abang kamu.
                    AMIZA:    Bertulisan Jawilah, ibu. Amboi, mahir betul abang menulis surat dalam tulisan
                                Jawi! Tulisan abang pun nampak kemas. (Membelek-belek surat)
                    IBU:       Itulah, ibu ingin benar mengetahui isi surat ni. (Ibu menarik surat itu pantas
                                daripada tangan Amiza)                        , ke hadapan,                  , bonda.
                    AMIZA:    (Agak terkejut) Ibu boleh mengeja perkataan. Ibu kata tak pernah ke sekolah?
                                Tetapi ibu boleh kenal huruf?
                    IBU:       (Ketawa kecil) Ibu tahu mengeja sikit-sikit. Ibu tidak pergi ke sekolah. Ibu
                                cuma belajar setelah ibu sudah dewasa. (Sedih) Zaman lampau susah bagi orang
                                perempuan menuntut ilmu. Ibu sedih dengan situasi ini kerana ibu ada cita-cita
                                mahu menjadi guru.
                    AMIZA:    Ibu, zaman sekarang tiada sesiapa boleh menghalang seseorang untuk maju.
                                (Ibu memandang jam di tiang rumah yang lambat setengah jam)
                    IBU:       Amiza, cepatlah baca surat ni! (Meletakkan surat itu di atas pangkuan Amiza)
                               Lekaslah baca Amiza. (Amiza membaca surat itu)
                    AMIZA:    Ke hadapan bonda dan adinda yang berada di Kampung Seri Masing. Anakanda
                                doakan semoga bonda dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.
                                Anakanda sihat. Buat pengetahuan bonda, anakanda sedang menduduki
                                peperiksaan. Jika tiada aral melintang, anakanda akan pulang ke Malaysia pada
                                bulan November. (Berhenti membaca) Ibu, abang nak balik ke Malaysia!
                    IBU:       Syukurlah, abang kamu akan pulang.
                                (Muzik selingan)
                                                                                             (B.Liana, 2016)

                           1.   Pada pendapat anda, adakah penulisan surat kiriman masih relevan pada masa ini? Jelaskan.
                           2.   Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil supaya generasi masa ini dapat
                              memartabatkan tulisan Jawi.


                    174             5.1.2
                    174
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193