Page 203 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 203

Menulis


                                          Kerjaya Berisiko Hasil Lumayan


                                                                     Saiful membaca keratan akhbar tentang
                                        AKTIVITI                     kerjaya berisiko di Malaysia.
                        Tulis ulasan berdasarkan bahan. Panjang ulasan
                        anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

                                                                                                                 T
                    Operator Kren dan Bangunan Pencakar Langit                                                   E
                  Pembinaan bangunan tinggi memerlukan perkhidmatan                                             M
                                                                                                                 A
                  operator kren. Tidak ramai yang tahu bahawa kerjaya
                  sebagai operator kren yang mempunyai Sijil Teknologi                                          16
                  Automotif (Penyelenggaraan Jentera Berat) memperoleh
                  pendapatan lumayan. Terdapat beberapa jenis kren yang
                  dikendalikan oleh operator kren seperti kren menara,
                  kren bergerak, dan kren berantai.
                      Operator kren bekerja dalam keadaan yang berisiko tinggi. Mereka perlu mengendalikan
                  kren yang beratnya antara 7 – 800 tan. Saiz kren yang berbeza dan berat ini perlu dikendalikan
                  dengan baik. Risiko kren tumbang dan kemalangan di tempat kerja boleh berlaku jika mereka
                  tidak berhati-hati. Kren tersebut perlu dikawal dengan baik, terutamanya ketika mengangkut
                  bahan pembinaan yang berat seperti besi, konkrit, dan bongkah batu ke atas bangunan.
                      Selain itu, operator kren juga bekerja di tempat yang tinggi, terutamanya semasa
                  pembinaan bangunan tinggi. Operator kren tidak boleh berasa takut atau gayat ketika berada
                  di tempat yang tinggi. Ketinggian kabin kren sehingga 24 meter atau menyamai ketinggian
                  bangunan empat tingkat. Mereka juga perlu berhati-hati ketika memanjat atau menuruni
                  tiang kren bagi mengelakkan diri daripada terjatuh.
                      Operator kren perlu bekerja dalam keadaan cuaca yang panas dan berangin. Tiang kren
                  akan bergoyang ketika angin kuat. Sekiranya hujan pula, panahan petir boleh menyebabkan
                  sistem komputer dalam kabin kren terbakar akibat litar pintas. Oleh itu, mereka mestilah
                  mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal.
                      Kesimpulannya, kerjaya sebagai operator kren amat diperlukan pada masa ini.
                  Projek pembinaan bangunan pencakar langit yang pesat tidak dapat berjalan dengan
                                                   lancar tanpa bantuan operator kren yang cekap, mahir,
                                                   dan berpengalaman.
                                                                        TEROKA MINDA


                                                            Berbincanglah dengan rakan sekelas anda tentang
                                                            kerjaya lain yang berisiko. Nyatakan persamaan dan
                                                            perbezaannya.




                         3.2.1                                                                      189
   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208