Page 210 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 210

Menulis



                                                                Setulus Khidmat Guru

                               AKTIVITI           Tan Sri Dr. Haili bin Dolhan merupakan
                           Tulis maklumat diri    anak kelahiran Sibu, Sarawak. Beliau
                                                  dilahirkan  pada  16  September  1952.
                           tokoh dalam bentuk     Beliau mendapat pendidikan awal di SK
                           borang maklumat diri.
                                                  Merpati Jepang dan pendidikan menengah
           T        di SMK Green Road, Kuching, Sarawak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana
           E        Muda (Kepujian) Geografi, Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Bimbingan
           M        Kaunseling, Universiti Durham, dan Doktor Falsafah (Pendidikan)
           A
                    Perancangan Sumber Manusia, Universiti Birmingham, United Kingdom.
          17           Perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan bermula pada 23 Jun
                    1970. Beliau pernah menabur bakti di 10 buah sekolah di Sarawak sebagai tenaga pengajar,
                    guru penolong kanan, dan pengetua.
                       Sebelum dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, beliau
                    telah memegang beberapa jawatan di Jabatan Pelajaran Negeri. Beliau juga pernah menjawat
                    jawatan sebagai Timbalan Ketua Nazir Negeri.
                       Tan Sri Dr. Haili juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan
                    dan Penyelidikan Dasar Kementerian, Pengarah Pusat Pembangunan Kurikulum, Pengarah
                    Lembaga Peperiksaan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar
                    dan Pembangunan Pendidikan), dan Rektor Institut Pendidikan Malaysia. Tan Sri Dr. Haili
                    bertanggungjawab dalam perancangan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dan
                    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
                       Tan Sri Dr. Haili pernah menyertai banyak persidangan, seminar, kursus, konvensyen, dan
                    kumpulan kerja teknikal di dalam dan di luar negara. Ketokohan beliau dalam dunia pendidikan
                    amat terserlah sehingga beliau diiktiraf sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2015.
                       Kecemerlangan perkhidmatan dan sumbangan beliau dalam bidang ini juga melayakkan
                    Tan Sri Dr. Haili dianugerahi Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) 2001 dan Pingat Perkhidmatan
                    Bakti (PPB) 2003 oleh Kerajaan Negeri Sarawak, Ahli Mangku Negara (AMN) 1997, Darjah
                    Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) 2010, dan Darjah Kebesaran Panglima Setia
                    Mahkota (2016) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Kerajaan Persekutuan.


                                                                           (Sumber: Tan Sri Dr. Haili bin Dolhan)
                                      PERKASA ILMU

                      Adab berguru:                                               TEROKA MINDA
                      1. Memberikan salam dan menegur dengan bahasa         1.  Hasilkan biografi pengetua
                        yang sopan apabila bertemu dengan guru.                di sekolah anda.
                      2. Menerima teguran dan nasihat guru dengan           2.  Rancang satu aktiviti untuk
                        hati terbuka.                                          mengenang jasa guru anda.
                      3. Membuat kerja yang diberikan oleh guru
                        dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.


                    196             3.3.1
                    196
   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215