Page 206 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 206

Bacaan Luas



                                                Sambutan Hari Pekerja

                    Sambutan Hari Pekerja diadakan pada 1 Mei setiap tahun. Tujuan utama sambutan Hari
                    Pekerja adalah untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan pekerja kepada negara dan
                    mengeratkan semangat bekerjasama serta permuafakatan antara kerajaan, majikan, dan
                    pekerja. Seluruh negara akan bercuti pada tarikh tersebut.
                       Beberapa pihak yang terlibat dalam sambutan ini ialah Jabatan Perkhidmatan Awam
           T        (JPA), Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Kongres Kesatuan Sekerja dalam Perkhidmatan
           E
           M        Awam (CEUPACS) dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF). Setiap tahun
           A        sambutan Hari Pekerja mempunyai tema yang berbeza. Contohnya, Tema Hari Pekerja pada
                    tahun 2016 ialah “Pekerja Sihat, Produktiviti Meningkat”.
          16           Terdapat banyak anugerah dalam pelbagai kategori diberikan kepada individu, majikan,

                    industri, dan kesatuan yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembangunan negara.
                    Contohnya, Anugerah Perdana Menteri, Anugerah Tokoh Pekerja Kategori Eksekutif dan
                    Bukan Eksekutif, Anugerah Tokoh Pekerja Kategori Orang Kurang Upaya, Anugerah Majikan
                    1Malaysia, dan Anugerah Kesatuan Sekerja.
                       Semasa Majlis Sambutan Hari Pekerja, pelbagai aktiviti seperti Seminar Kesedaran dan
                    Kesihatan Pekerjaan, Konvensyen Kesatuan Sekerja, program
                    gotong-royong, dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam dijalankan.
                    Pekerja yang turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan ini
                    akan memperoleh banyak manfaat. Mereka didedahkan kepada
                    pengetahuan tentang kebajikan dan kesihatan pekerja. Jabatan
                    kerajaan dan agensi swasta sama-sama terlibat dalam menjayakan
                    aktiviti ini.
                       Kesimpulannya, Hari Pekerja merupakan hari yang penting dan
                    istimewa buat semua pekerja di Malaysia. Oleh itu, marilah kita
                    menyambut Hari Pekerja dengan gembira dan penuh penghayatan.

                                                         PERKASA ILMU

                                    ANTARA PENERIMA ANUGERAH HARI PEKERJA 2015
                     •  Anugerah Perdana Menteri untuk      •  Anugerah Tokoh Pekerja Negara
                        Kecemerlangan Sumber Manusia           (Kumpulan Bukan Eksekutif)
                        X-Fab Sarawak Sdn. Bhd.                Abdul Halim bin Ghani @Yaacob,
                                                               Tenaga Nasional Berhad
                     •  Anugerah Tokoh Pekerja Negara       •  Anugerah Tokoh Pekerja Negara
                        (Kumpulan Eksekutif)                   (Orang Kurang Upaya)
                        Yap Fui Fook,                          Anuar bin Mansor,
                        Sampling Housing Product Sdn. Bhd.     Sek. Men. Keb.Temerloh Jaya

                                                                 (Sumber: http://e-anugerahharipekerja2016.com.my)


                    192
                    192
   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211