Page 205 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 205

Tatabahasa



                                                                  Sukan Kerja Profesional
                                 AKTIVITI
                        Berdasarkan bahan, senaraikan kata   Mohan dan Thaveekul pergi ke Stadium Shah Alam,
                        ganda penuh, kata ganda berimbuhan,   Selangor untuk menyaksikan perlawanan bola
                        dan kata ganda majmuk. Kemudian,   sepak. Ketika sampai di sana, mereka melihat orang
                        bina ayat dengan menggunakan kata   ramai berbaris-baris untuk membeli tiket. Suasana
                        ganda tersebut.                 ketika itu riuh-rendah.  Penyokong yang terdiri         T
                                                        daripada anak-anak muda memakai pakaian yang            E
                  berwarna-warni. Mereka berpusu-pusu ketika memasuki stadium.                                  M
                                                                                                                A
                      Kelihatan para penonton begitu bersemangat untuk menyaksikan perlawanan bola sepak
                  tersebut. Para penyokong kedua-dua pasukan mengibarkan bendera sambil bersorak-sorai dan     16
                  bertepuk-tepuk tangan. Berbagai-bagai sepanduk dan kain rentang turut dibawa oleh mereka.
                  Semua petugas perlawanan seperti pengadil, jurulatih pasukan, unit rawatan dan kecemasan,
                  pihak keselamatan dan pengulas sukan telah bersiap siaga sebelum perlawanan bermula.
                  Pemain-pemain juga telah berada di stadium dengan memakai jersi pasukan masing-masing.

                                      PERKASA ILMU


 PERKASA ILMU                          KATA GANDA
                   Jenis Kata   penggandaan  penggandaan   penggandaan
                     Ganda        penuh        separa        berentak
                                        seperti       seperti

                   Contoh Kata   rumah-rumah    jejari      hiruk-pikuk
                     Ganda























                                                                 Apakah yang anda faham tentang kerjaya dalam
                                                                 bidang sukan? Berikan tiga contoh kerjaya
                                                                 tersebut dan nyatakan keistimewaannya.


                         5.2.1                                                                      191
                                                                                                    191
   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210