Page 208 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 208

Unit         33       Sempurnakan Diri






                           Mendengar dan Bertutur


                                                                   Keikhlasan Budi
                              AKTIVITI
                                                Lima belas tahun yang lalu, kehidupan Hadi dan keluarganya
           T              Sambung cerita ini    serba kekurangan. Pada ketika itu, ayah Hadi tidak bekerja
           E              berdasarkan ilustrasi.  kerana sering jatuh sakit. Hadi selalu dimarahi oleh pemilik
           M                                    sebuah kedai ubat di pekan yang berdekatan dengan rumahnya
           A        kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar harga ubat yang ingin
          17        dibelinya.
                       Sewaktu pulang dari pasar, Pak Seman, pekedai runcit di pekan itu telah terlihat Hadi
                    yang sedang menangis teresak-esak di hadapan kedai ubat tersebut kerana dia sudah tidak
                    mampu untuk membelikan ayahnya ubat. Pak Seman yang berasa simpati terhadap Hadi
                    telah membayar harga ubat itu.
                       Kini, Hadi telah bertugas sebagai doktor pakar. Pada suatu hari, Pak Seman dimasukkan
                    ke hospital tempat Hadi bertugas kerana menghidap penyakit kronik. Hadi berasa ...






























                                                                                TEROKA MINDA

                                                                          Rujuk pelbagai bahan media dan
                                                                          senaraikan nilai murni yang patut
                                                                          diterapkan dalam kehidupan kita
                                                                          sehari-hari. Huraikan kewajarannya.



                    194             1.8.1
                    194
   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213