Page 68 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 68

Tatabahasa


                                                                                                 IMBAS SAYA
                                                                         Ilmuwan Sains

                                   AKTIVITI              Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohamad
                          1.  Kenal pasti frasa nama dalam    Yusoff telah dinobatkan sebagai seorang daripada
                            teks dan bina ayat.          20 orang tokoh wanita Islam paling berpengaruh
                          2.  Hasilkan dialog temu bual     dalam bidang penyelidikan sains. Kejayaan tokoh
                            berdasarkan teks dan lakonkan.
           T                                             yang dilahirkan pada 12 Julai 1956 di Pulau Pinang
           E                                             ini telah menyemarakkan kembali kemajuan dan
           M                                             budaya sains dalam dunia Islam.
           A                                                 Beliau  memperoleh  Ijazah  Sarjana  Muda
           5                                             Mikrobiologi dari Universiti La Trobe, Australia,
                                                         pada tahun 1979. Pada tahun 1983, beliau telah
                                                         berjaya mendapat Ijazah Kedoktoran di universiti
                                                         yang sama. Kini, beliau berkhidmat sebagai profesor
                                                         di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul
                                                         di Universiti Putra Malaysia.
                                                             Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah juga telah
                                                         memenangi pelbagai anugerah di dalam dan di luar
                                                         negara. Sebagai contohnya, Anugerah Carlos J. Finlay
                                                         bagi Mikrobiologi oleh UNESCO pada tahun 2005
                                                         dan Anugerah Pencapaian Pendidikan Australia
                                                         pada tahun 2013. Beliau juga merupakan antara
                    Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah binti   penerima Anugerah Merdeka pada tahun 2015.
                    Mohamad Yusoff menerima Anugerah     Beliau menerima anugerah ini atas kejayaannya
                    Merdeka 2015 daripada Pengerusi Lembaga  melakukan penyelidikan tentang mikrobiologi dan
                    Pemegang Amanah Anugerah Merdeka.
                                                         virologi. Di samping itu, beliau turut menjalankan
                    diagnosis virus berjangkit yang boleh membawa maut dalam ternakan unggas. Beliau juga
                    turut cemerlang dalam penyelidikan tentang potensi virus memerangi sel kanser.
                       Beliau sangat menggalakkan pembabitan kaum wanita dalam bidang bioteknologi.
                    Sumbangan beliau dalam dunia penyelidikan telah menjulang namanya sebagai tokoh
                    penyelidik wanita Islam sedunia. Kegigihan beliau menghasilkan penemuan penyelidikan
                    yang memberikan impak kepada kehidupan sejagat wajar dicontohi oleh generasi masa ini.
                         (Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pengasas-mercy-malaysia-terima-anugerah-merdeka-2015)

                                     PERKASA ILMU                               TEROKA MINDA
                                                                           Terangkan tindakan yang perlu
                     Frasa nama ialah frasa yang perkataan utamanya        anda ambil untuk menjadi tokoh
                     terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau   yang tersohor.
                     kata ganti nama. Frasa nama ialah satu daripada
                     konstituen utama dalam binaan ayat.


                     54             5.4.1
                     54
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73