Page 119 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 119

Tak Kenal Maka Tak Cinta








                                                                                                                  TEMA 9  TEMA 9
                              Baca dan analisis petikan tersebut untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.





                     Sukan seperti panjat tembok tidak lagi asing kepada golongan remaja
                     pada masa ini. Sukan ini bersesuaian dengan sifat remaja yang suka akan
                     cabaran. Terdapat pelbagai faedah yang diperoleh dalam sukan ini.



                            Sukan ini dapat meningkatkan tahap kesihatan mental dan fizikal                       Sukan dan Rekreasi Sukan dan Rekreasi
                        peserta. Proses perpeluhan dan pembakaran kalori ketika melakukan
                        aktiviti ini mampu menghasilkan badan yang cergas dan minda yang
                        cerdas. Aktiviti memanjat  tembok bukanlah perkara yang mudah
                        kerana peserta hanya dibenarkan berpaut pada pemegang pemanjat
                        yang bersaiz antara 7.62 cm hingga 20.32 cm sahaja.



                        Selain itu, sukan lasak ini amat  sinonim dengan cabaran.
                     Sesiapa  yang  ingin  melibatkan  diri  dalam  sukan ini  perlu
                     mempunyai  keberanian  dan kekuatan  diri. Perasaan  gayat dan
                     takut akan ketinggian ialah musuh utama peserta sukan ini.



                        Seterusnya, penglibatan remaja dalam sukan ini mampu
                     melatih para peserta agar sentiasa bersedia untuk menghadapi
                     sebarang cabaran. Melalui sukan ini, setiap cabaran dapat dikaitkan
                     dengan kehidupan harian mereka. Hal ini dapat memberikan
                     kelebihan kepada mana-mana remaja untuk menangani masalah
                     dalam kehidupan mereka.




                          Secara  keseluruhannya,  sukan panjat  tembok  ini  menawarkan
                       banyak manfaat kepada remaja. Walaupun sukar, namun alah bisa
                       tegal biasa. Jadi, apakah lagi yang anda tunggu? Tak kenal maka tak
                       cinta. Ayuh, kita sertai sukan panjat tembok!

                                                                                 Idea utama ialah buah fikiran yang penting yang
                                                                                 menerangkan maksud keseluruhan perenggan.
                                                                                 Idea sampingan ialah huraian dan contoh bagi
                                                                                 menyokong dan menerangkan idea utama.


                        2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.
                                                                                                         107
                                                                                                         107
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124