Page 120 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 120

Lompatan Emas


                                                                                     Abdul Latif bin Romly



             TEMA 9  TEMA 9  Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam dialog, hasilkan puisi.




                   Sebaik-baik tamat latihan sukan, Azlee, atlet Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kejora,
                   berbual-bual dengan rakan sepasukannya.
                   Azlee:  Kuhan, saya bercadang hendak menarik diri daripada acara lompat jauh.
             Sukan dan Rekreasi Sukan dan Rekreasi  Kuhan:  Mengapakah awak hendak menarik diri, Azlee?
                   Azlee:  Prestasi lompatan saya mengecewakan. Sudah berkali-kali saya mencuba tetapi masih
                          tidak memuaskan hati.

                   Kuhan:  Janganlah mudah berputus asa, Azlee. Awak patut mencontohi semangat dan daya usaha

                          atlet paralimpik negara kita yang bertanding dalam acara lompat jauh di Rio, Brazil,
                          pada tahun 2016. Contohnya, lihat sahaja pencapaian Abdul Latif bin Romly yang
                          memecahkan rekod dunia acara lompat jauh kategori T20 dalam kejohanan tersebut.
                          Beliau memecahkan rekod dunia sebanyak tiga kali pada ketika itu. Saya percaya beliau
                          tidak akan dapat mencapai kejayaan itu kalau berputus asa.
                   Azlee:   Janganlah awak membandingkan saya dengan beliau. Pencapaian kami bagai langit
                          dengan bumi.
                   Kuhan:  Azlee, awak dan Abdul Latif bin Romly tidak ada apa-apa perbezaan. Awak manusia,
                          begitu juga dengan beliau. Barangkali, perbezaannya ialah beliau berusaha sedaya upaya
                          sedangkan awak pula mudah berputus asa.
                   Azlee:   Saya telah mencuba beberapa kali tetapi masih gagal, Kuhan.
                   Kuhan:  Azlee, tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Jika awak berusaha dengan
                          bersungguh-sungguh, saya pasti suatu hari nanti awak akan dapat mencapai kejayaan
                          yang membanggakan. Usaha tangga kejayaan, Azlee. Awak ada potensi yang besar dalam
                          acara ini.
                   Azlee:   Kuhan, awak ini seperti pakar motivasi pula.
                   Kuhan:  Sebenarnya, saya menjadikan kejayaan orang lain seperti kejayaan Abdul Latif bin Romly
                          sebagai sumber inspirasi saya. Kalau mereka yang kelainan upaya mampu menggalas
                          tanggungjawab mengharumkan nama negara, mengapa kita tidak mampu pula?
                   Azlee:   Betul kata awak itu. Terima kasih, Kuhan, atas nasihat dan dorongan awak. Saya akan
                          berusaha sedaya upaya untuk memenangi acara ini. Lagipun, pepatah Melayu ada
                          menyebut, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.





                                                                              Dengan merujuk pelbagai sumber,
                                                                              dapatkan maklumat tentang sejarah
                                                                              penganjuran sukan paralimpik.


                         3.6.1 Menulis dan mengolah maklumat daripada bahan dialog dan bahan prosa kepada puisi menggunakan
                 108108      ayat yang gramatis.
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125