Page 121 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 121

Kejayaan Milik Bersama







                              1.  Baca dan fahami petikan yang diberikan.
                              2.  Berbincanglah dengan rakan anda untuk menghasilkan persembahan yang
                                 kreatif daripada petikan tersebut, kemudian persembahkannya.                     TEMA 9  TEMA 9


                    Di padang sekolah, satu lagi perlawanan bola sepak sedang berlangsung, antara pasukan Sekolah
                    Menengah Kebangsaan Taman Rimba menentang pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan
                    Megah Jaya.
                        “Saya tidak kisahlah kedudukannya nanti,” kata Gary.
                        “Yang penting ialah pasukan kita memenangi dua perlawanan dan kalah hanya satu perlawanan
                    sahaja,” katanya lagi. “Kalau begitu, kita tidaklah malu sangat,” sambungnya pula.
                        Ganesan dan Sean sekadar mengangguk, mengiakan kata-kata Gary.                            Sukan dan Rekreasi Sukan dan Rekreasi
                        “Walau bagaimanapun, saya kagumlah dengan kelincahan kapten pasukan kita,” puji Ganesan. “Dia
                    berpusing-pusing lalu menggelecek pemain pasukan lawan. Dia macam Zidanelah!” katanya.
                        Azizan sekadar tersenyum mendengar pujian itu.
                        “Awak bertiga, jomlah kita pergi melihat gerai jualan kelas kita,” ajak Azizan, tiba-tiba.
                        “Awak pergilah dahulu,” jawab Sean. “Kami hendak berehat sekejap,” katanya lagi.
                        Ketika Gary, Sean dan Ganesan masih rancak berbual di tepi
                    padang, Azizan telah tiba di tepi gerai minuman kelasnya.
                        “Encik hendak buat pemeriksaan gerai?” usik Aliya, pengurus
                    gerai kelas mereka. Azizan sekadar tersengih.
                        “Sudah lamakah gerai ini ditutup?” soal Azizan.
                        “Baru sahaja kami tutup. Jualan minuman dan kek cawan
                    kita amat laris,” jawab Aliya.
                        “Tahniah Azizan. Pasukan sekolah memang semakin
                    kuat kalau awak ikut bermain,” celah Melati. “Sakitkah
                    kepala awak menanduk bola tadi?” soal Melati pula.
                        “Saya tidak berasa sakit pun,” kata Azizan. “Bola itu
                    diperbuat daripada getah bukannya besi,” seloroh Azizan.
                        “Alhamdulillah, hari ini memang hari kita. Pasukan bola
                    sepak sekolah kita menang. Jualan minuman, kek cawan dan
                    jambu batu kelas kita pula amat laris,” balas Aliya.
                        “Kita dapat wang besar,  wang besar!” sorak Azizan.
                        Mereka bersorak kegembiraan sebaik-baik
                    mendengar kata-kata Azizan itu. Mereka sedar,                 Proses pindah bentuk karya adalah
                                                                                  seperti yang berikut:
                    kerjasama semua murid kelas mereka membolehkan                1. Fahami keseluruhan teks.
                    mereka berkongsi kejayaan ini.                                2. Tentukan jenis persembahan yang
                                                                                    ingin dilaksanakan.
                    (Dipetik dan diubah suai daripada novel Zizan atau            3. Tentukan watak-watak yang terlibat,
                    Zidane: Pasukan Paling Top, karya Alias Derais,                 termasuk narator.
                    2014. KarnaDya Solutions Sdn. Bhd)                            4. Tentukan skrip bagi watak-watak
                                                                                    yang terlibat.
                                                                                  5. Laksanakan persembahan.

                        4.4.1 Mempersembahkan karya prosa secara kreatif.
                                                                                                         109109
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126