Page 124 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 124

Cabaran                  ATV






                            1.  Baca petikan dengan telitinya.
                            2.  Jelaskan perbezaan antara ATV dengan kenderaan bermotor yang lain.
             TEMA 9  TEMA 9  3.  Dengan menggunakan pelbagai sumber, kenal pasti kenderaan lain yang digunakan
                                dalam sukan lasak.



                    Apakah itu ATV?
                    ATV (All Terrain Vehicle) bermaksud kenderaan pelbagai
             Sukan dan Rekreasi Sukan dan Rekreasi  permukaan yang dapat dikategorikan sebagai kenderaan yang
                    mempunyai tiga atau empat tayar bermotosikal. Kenderaan
                    ini biasanya digunakan di luar jalan raya biasa.
                    Bilakah ATV diperkenalkan?
                    ATV pertama dihasilkan oleh Syarikat Honda Motor,
                    di Jepun, pada tahun 1950-an untuk kegunaan umum dan
                    mempunyai enam tayar. Kemudian,  ATV diubah suai menjadi
                    kenderaan bertayar tiga. Walaupun terdapat beberapa individu
                    yang mereka ATV di Amerika Syarikat sebelum kenderaan
                    ini diperkenalkan oleh Honda Motor, namun kenderaan yang
                    direka itu bukan untuk kegunaan umum.

                    Apakah kegunaan ATV?
                    Pada mulanya, ATV digunakan oleh peladang untuk
                    membawa hasil tanaman mereka keluar dari ladang
                    yang mempunyai permukaan tidak rata. Hal ini berlaku
                    demikian kerana kenderaan biasa tidak dapat digunakan
                    di kawasan seperti ini. Kemudian, kegunaan ATV dinaik
                    taraf menjadi kenderaan untuk utiliti dan aktiviti sukan
                    lasak mahupun riadah di pantai, padang pasir dan hutan.
                    Kenderaan ini juga digunakan oleh pihak tentera.

                    Apakah jenis-jenis ATV?
                    Hingga kini, syarikat pemotoran telah menghasilkan pelbagai
                    model kenderaan ATV yang disesuaikan untuk kegunaannya. ATV yang direka juga mempunyai
                    perbezaan dari segi keupayaan memecut dan kekuatan untuk mengangkut barangan.

                    Apakah kelebihan menunggang ATV?
                    ATV mudah dikendalikan oleh lelaki atau wanita. Oleh sebab kenderaan ini mempunyai tiga atau
                    empat tayar, kenderaan ini lebih stabil, terutama jika ditunggang di permukaan yang tidak rata.
                                               (Sumber: Utusan Online, Kenderaan Lasak Pelbagai Guna, 14 Julai 2008)




                         2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.
                 112112
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129