Page 228 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 228

A. Baca dan fahami bahan, kemudian jawab soalan yang berikutnya.
             TEMA 17  Perusahaan Kecil dan Sederhana



                   Dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan ke-14 pada bulan Julai 2013, definisi
                   baharu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merangkumi semua sektor, iaitu pembuatan,
                   perkhidmatan, pertanian, pembinaan, dan perlombongan dan pengkuarian, telah diluluskan.
                      Setiap  jenis sektor ini pula dikategorikan  berdasarkan  saiz operasinya,  iaitu  Perusahaan
             Era Baharu Industri  jualan tahunan dan kriteria bilangan pekerja sepenuh masa. Sila rujuk Rajah 1.
                   Sederhana, Perusahaan Kecil, dan Perusahaan Mikro. Kategori ini ditentukan berdasarkan kriteria

                      Jika sesebuah  perniagaan  hanya  memenuhi  satu kriteria  sahaja  seperti  dalam  Rajah  1, saiz
                   yang lebih kecil akan diguna pakai. Sebagai contoh, jika jualan tahunan perniagaan berada pada
                   Perusahaan Mikro, iaitu RM250 000.00 tetapi bilangan pekerja sepenuh masa berada pada Perusahaan
                   Kecil, iaitu 60 orang, maka perniagaan tersebut dikategorikan sebagai Perusahaan Mikro.



                                           Jenis Sektor Pembuatan     Jenis Sektor Perkhidmatan dan Lain-lain
                        Kategori
                      Perusahaan                      Bilangan Pekerja                   Bilangan Pekerja
                                       Jualan Tahunan                  Jualan Tahunan
                                                       Sepenuh Masa                       Sepenuh Masa
                                        RM15 juta –
                         Kecil                         75 – 200 orang  RM3  - RM20 juta   30 – 75 orang
                                        RM50 juta
                                      RM300 000.00 –                  RM300 000.00 –
                       Sederhana                        5 – 74 orang                       5 – 29 orang
                                        RM15 juta                        RM3 juta
                                      Kurang daripada   Kurang daripada  Kurang daripada   Kurang daripada
                         Mikro
                                       RM300 000.00       5 orang      RM300 000.00          5 orang
                                                                           (Sumber: http://www.smecorp.gov.my)
                                      Rajah 1: Jenis Sektor dalam PKS dan Kategorinya



                     1.  Apakah sektor-sektor yang terangkum dalam PKS  dan bagaimanakah  sektor-sektor ini
                       dikategorikan?

                     2.  Jelaskan syarat had maksimum untuk sesebuah perusahaan dikategorikan sebagai PKS.

                     3.  Tentukan sama ada pernyataan di bawah betul atau salah.
                        (a)  Semua sektor industri mempunyai PKS.   ……….
                        (b)  Kategori setiap sektor ditentukan oleh saiz operasi.   ………
                        (c)  Hanya pekerja sepenuh masa sahaja dibenarkan bekerja dalam PKS.  ……...






                 216
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233