Page 263 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 263

Pegawai:   Bagi Peringkat Sijil, tempoh latihannya ialah empat bulan setengah. Bagi Peringkat Diploma
                             dan Diploma Lanjutan, tempohnya ialah enam bulan. Pusat latihan kami terletak di Marang, di
                             Tronoh, di Kota Kinabalu, dan di Kuching. Latihan rekrut bagi Peringkat Diploma dan
                             Diploma Lanjutan adalah di Kuala Kubu Bahru.
                   Firdaus:   Wah, banyak juga pusat latihannya, ya! Sekarang baru jelas.
                   Pegawai:   Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?
                   Firdaus:   Setakat ini, itu sahaja soalannya.Terima kasih  atas penjelasan puan. Jika ada kemusykilan
                             nanti, saya akan menelefon puan semula.
                   Pegawai:   Silakan. Terima kasih kerana menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

                   Tema 3 Unit 6
                   1.2.2 Mendengar dan Bertutur
                   Kerja Ikhlas Rezeki Berkat – muka surat 34

                   RAKAMAN TEMU BUAL
                   TEMU BUAL 1: PEMBERITA
                   A:  Apakah kerjaya pilihan saudari dan mengapakah  kerjaya itu menjadi pilihan?
                   B.  Saya mahu menjadi pemberita kerana saya suka akan cabaran. Mungkin pada mulanya saya akan bekerja
                      makan gaji untuk menimba pengalaman bekerja. Dengan pengalaman yang ada dan jika ada rezeki, saya
                      akan membuka syarikat penerbitan saya sendiri.
                   TEMU BUAL 2: AHLI MUZIK
                   A:  Bagaimana pula dengan Saudara Tan?
                   C:  Saya mahu menjadi ahli muzik, namun ibu dan ayah mahu saya mengambil alih perniagaan keluarga.
                      Saya mahu memilih jalan hidup yang saya minati, namun pada masa yang sama saya perlu mendengar
                      kata ibu bapa kerana mereka mahu yang terbaik untuk saya. Oleh itu, saya mengambil jalan tengah, iaitu
                      berniaga dan bermain muzik.
                   TEMU BUAL 3: CEF
                   A:  Saudara Syamsul, betulkah saudara berminat untuk menjadi cef?
                   D:  Ya, betul. Sejak kecil, saya dan adik-beradik saya memang suka melihat ibu memasak. Kadang-kadang
                      kami  sekeluarga  menghabiskan  masa  hujung  minggu  dengan  memasak  bersama-sama.  Masakan  dan
                      makanan menyatukan kami sekeluarga, malahan membangkitkan minat saya untuk menjadi cef.

                   Tema 4 Unit 7
                   1.3.1 Mendengar dan Bertutur
                   Cintai Buku – muka surat 42

                   Salam sejahtera, pengawas-pengawas pusat sumber sekalian.
                   Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan murid-murid yang telah dilantik sebagai
                   pengawas pusat sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kejora. Pelantikan  ini sangat bermakna
                   kerana syarat-syarat  pemilihan  sangat ketat. Hanya murid yang benar-benar berkelayakan  terpilih  untuk
                   menjadi pengawas pusat sumber.
                     Dengan pelantikan ini, saya amat berharap agar kalian akan menjadi pengawas pusat sumber yang
                   bertanggungjawab. Sebagai pengawas pusat sumber, kalian mestilah menepati masa, iaitu datang bertugas
                   mengikut masa yang telah ditetapkan. Patuhilah masa kerana masa yang pergi tidak akan kembali lagi. Dalam
                   melaksanakan tugas juga, pengawas pusat sumber hendaklah patuh akan arahan guru-guru pusat sumber dan
                   ketua pengawas pusat sumber. Arahan-arahan yang diberikan dari semasa ke semasa hendaklah dijalankan bagi
                   memastikan pusat sumber ini terurus dengan baik.
                     Selain itu, kalian mestilah menunjukkan sikap rajin dalam bekerja. Laksanakanlah tugas seperti yang telah kalian
                   pelajari semasa diberikan kursus tempoh hari. Pastikan pusat sumber sekolah ini senantiasa dalam keadaan kemas
                   dan tersusun sepanjang masa. Kemaskanlah tempat ini tanpa menunggu guru-guru pusat sumber bersuara.
                     Akhir sekali, tunjukkanlah sikap amanah dalam menjalankan tugas. Misalnya, jangan sesekali membawa
                   sebarang bahan bacaan keluar dari pusat sumber tanpa merekodkannya. Selain itu, ambil tindakan denda terhadap

                                                                                                     251
   258   259   260   261   262   263   264