Page 264 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 264

sesiapa sahaja yang lewat memulangkan buku meskipun yang perlu didenda itu ialah sahabat karib kalian sendiri.
                    Menjadi pengawas pusat sumber bukanlah tiket untuk kalian berbuat sesuka hati. Patuhilah segala peraturan
                    pusat sumber yang telah ditetapkan.
                      Demikian sahaja taklimat saya buat kali ini. Selamat bertugas sebagai pengawas pusat sumber Sekolah
                    Menengah Kebangsaan Taman Kejora.


                    Tema 4 Unit 8
                    1.3.2 Mendengar dan Bertutur
                    Ikut Arahan Saya – muka surat 47

                    Salam sejahtera, adik-adik sekalian.
                    Nama penuh saya Mohd Zamir bin Othman. Adik-adik boleh memanggil saya, Abang Zamir. Saya fasilitator kalian
                    dalam Kem Kepemimpinan ini. Saya ditugaskan untuk mengendalikan beberapa permainan dalam kumpulan
                    sepanjang tempoh kem ini berjalan. Permainan-permainan ini bertujuan untuk menanamkan sifat kepemimpinan
                    dalam diri adik-adik.
                        Baiklah. Permainan kita yang pertama diberikan nama “Ikut Arahan Saya”. Dalam permainan ini, adik-adik
                    perlu membawa tiga biji telur dengan selamatnya ke suatu tempat yang ditetapkan. Kumpulan yang berjaya
                    membawa telur-telur itu dengan selamatnya dianggap berjaya dalam permainan ini.
                        Adakah adik-adik akan membawa telur-telur itu begitu sahaja? Tidak sama sekali. Ada cabaran yang perlu
                    dilalui oleh adik-adik. Kalian perlu meletakkan ketiga-tiga biji telur itu di atas sehelai kertas mahjung. Kemudian,
                    semua ahli kumpulan perlu memegang kertas mahjung dan membawa telur-telur itu dengan selamatnya ke
                    destinasinya.
                        Adakah itu sahaja cabaran yang akan dihadapi oleh adik-adik? Tidak. Adik-adik perlu melalui satu lagi
                    cabaran. Kalian perlu melantik seorang ketua untuk menjalankan misi ini. Ahli-ahli kumpulan yang lain pula
                    akan ditutup mata masing-masing. Ahli-ahli kumpulan dengan mata tertutup inilah yang perlu memegang kertas
                    mahjung dan membawa telur ini dengan selamat mengikut arahan ketua.
                        Adik-adik tentu telah faham tentang permainan ini. Kalian perlu membawa telur-telur itu dari tepi padang ini
                    ke bawah pokok sana. Oh, ya! Abang Zamir ada satu lagi pesanan. Sepanjang perjalanan adik-adik membawa telur
                    ini akan ada beberapa gangguan daripada fasilitator yang lain. Hadapilah segala gangguan itu dengan bijaksana.
                        Ayuh, bergerak sekarang. Moga berjaya melaksanakan misi ini.

                    Tema 6 Unit 11
                    1.4.3 Mendengar dan Bertutur
                    Arkeologi Sungai Batu – muka surat 68
                    Tapak Arkeologi Sungai Batu telah diisytiharkan sebagai salah satu daripada Warisan Kebangsaan Negara
                    pada 10 Mei  2012. Tapak ini terletak di tepi jalan utama Merbuk-Selinsing, iaitu kira-kira dua kilometer dari
                    Sungai Merbuk, Kedah.
                        Berdasarkan kajian sejarah, pusat  tamadun yang ditemukan di Sungai Batu berusia lebih daripada 1900 tahun.
                    Penemuan ini membuktikan bahawa Sungai Batu merupakan pusat tamadun sejarah terawal di Asia Tenggara
                    mengatasi Angkor Wat di Kemboja dan Borobodur, di Indonesia.
                        Kajian arkeologi yang dijalankan di tapak ini telah menemukan khazanah sejarah yang cukup hebat. Antara
                    bukti sejarah yang ditemukan termasuklah tapak peleburan besi, sisa relau, bahan mentah untuk peleburan
                    besi, ketulan jongkong besi yang dihasilkan dan tuyere. Tuyere ialah  alat peniup angin yang digunakan untuk
                    mengepam angin bagi menaikkan suhu api. Penemuan bersejarah ini membuktikan bahawa industri peleburan
                    besi telah dijalankan di tapak ini pada suatu masa dahulu.
                        Selain itu, kajian arkeologi di tapak ini turut menemukan sisa-sisa jeti, bangunan pentadbiran serta monumen
                    yang dipercayai menjadi kediaman suci tuhan zaman purba. Hal ini menunjukkan bahawa tapak ini pernah
                    menjadi pelabuhan yang berkembang maju pada masa dahulu.

                     252
   259   260   261   262   263   264