Page 67 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 67

Hebatnya Bahasaku






                              1.  Berdasarkan bahan, nyatakan maklumat baharu yang anda peroleh.
                              2.  Dengan merujuk pelbagai bahan bacaan, jelaskan usaha-usaha yang
                                 dijalankan untuk memperkenalkan bahasa Melayu di peringkat                       TEMA 5  TEMA 5
                                 antarabangsa.


                    Nadia menarik nafas dalam-dalam. Hatinya benar-benar gembira. Dia puas kerana telah berjaya
                    mematahkan hujah-hujah pihak lawan yang amat rapuh.
                        “Yang Berhormat, kami di meja pembangkang percaya bahawa bahasa Melayu belum bersedia
                    untuk menjadi  bahasa antarabangsa  atas kekangan-kekangan  tertentu,”  dengan lantang ketua
                    pembangkang menyatakan pendirian pihak mereka.
                        Selaku menteri ketiga pihak kerajaan, Nadia                                               Bahasa dan Sastera Bahasa dan Sastera
                    mencatat hujah rapuh pihak pembangkang itu.
                    ‘Nantilah, apabila tiba saat yang sesuai, hujah
                    ini akan dipancung sehingga tidak bernyawa!’   Hai Nadia,
                    gerutu hati kecil Nadia.                     Saya pos poskad ini dari Beijing, China.
                                                                 Saya sedang bercuti bersama-sama dengan
                        Sekurang-kurangnya, pihak pembangkang    keluarga. Saya seperti tidak percaya apabila
                    perlu  sedar  bahawa  bahasa  Melayu  sudah   berkesempatan berbual-bual dengan   Kepada
                                                                 dua penuntut Universiti Pengajian Asing,
                                                                                            Nadia Razman,
                    menjadi bahasa antarabangsa sejak sekian lama,   Beijing. Mereka bertutur dengan saya   No. 198, Jalan Utarid US/12,
                    iaitu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka    menggunakan bahasa Melayu dengan   Taman Mutiara Subang,
                                                                 begitu fasih sekali. Mereka terlibat dengan
                                                                                            Subang Bestari,
                    lagi. Pada waktu itu, urusan perdagangan antara   program Pengajian Melayu di universiti itu.  40150 Shah Alam,
                                                                 Nampaknya, bahasa kebangsaan negara
                    pedagang asing dengan penduduk tempatan      kita telah tersebar ke serata dunia.  Selangor, Malaysia.
                    mesti menggunakan bahasa Melayu. Bukankah    Jumpa lagi nanti, ya.
                                                                 Nurul.
                    itu menunjukkan sifat antarabangsa yang ada
                    pada bahasa Melayu?
                        Minggu lepas, sebaik sahaja mendapat
                    tajuk bahas persahabatan dengan sekolah jiran mereka, Nadia dan rakan-rakannya melakukan
                    penyelidikan tentang usaha-usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu di persada dunia.
                        Berdasarkan pelbagai sumber, Nadia dan rakan-rakannya mendapati bahawa Kursi Pengajian
                    Melayu pernah wujud di pusat pengajian tinggi di negara Barat seperti Amerika Syarikat, Belanda,
                    New Zealand, dan lain-lain.  Di negara  Asia pula,  Kursi Pengajian  Melayu  turut  ditubuhkan
                    di Universiti Pengajian Asing, Beijing, China.
                        Kursi Pengajian Melayu menjalankan peranan untuk mendedahkan pelbagai aspek pengajian
                    Melayu kepada dunia luar, termasuk bahasa Melayu dan sastera Melayu. Nadia dan rakan-rakannya
                    terpegun seketika apabila membaca hasil dapatan mereka. Bahasa Melayu bukan calang-calang
                    bahasa. Bahasa Melayu hebat!










                          2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka
                              maklumat baharu.                                                            5555
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72