Page 69 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 69

Utusan Sultan Melaka ke China





                              1.  Baca petikan dan analisis aspek nilai dan pengajaran yang terdapat
                                 dalam petikan.
                              2.  Pada pendapat anda, apakah kepentingan hubungan diplomatik                      TEMA 5  TEMA 5  TEMA 5
                                 yang baik antara sesebuah negara dengan negara lain?

                    Maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera dititahkan baginda utusan ke
                    China. Bahawa barulah Sultan Mansur Syah berkirim sembah pada raja
                    China, kerana sudah menjadi menantu; hanya demikian bunyinya: “Sahaya
                    anak raja Melaka, empunya sembah pada raja benua China.” Seperti surat
                    yang dibawa Lak Di Po, maka pada Tun Telanai pun demikianlah juga.
                        Maka Tun Telanai pun belayarlah ke benua China. Dengan takdir Allah                       Bahasa dan Sastera Bahasa dan Sastera Bahasa dan Sastera
                    taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dengan kedua buah perahu
                    itu pun biaslah, jatuh ke Brunei. Setelah didengar oleh raja Brunei, maka
                    disuruh baginda panggil; maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun
                    masuk mengadap raja Brunei. Maka raja Brunei pun bertanya pada Tun
                    Telanai, “Apa bunyi surat raja Melaka pada raja China?” Maka sembah
                    Tun  Telanai,  “Sahaya  raja  Melaka  empunya  sembah, datang  kepada
                    paduka ayahanda raja China.”
                                                          Maka kata raja Brunei, “Berkirim sembahkan raja Melaka
                                                         pada raja China?” Maka Tun Telanai diam, lalu Menteri Jana
                                                           Putera berkisar ke hadapan; maka sembahnya, “Tidak
                                                              tuanku paduka ayahanda berkirim sembah kepada raja
                                                              China, kerana erti ‘sahaya’ itu pada bahasa Melayu
                                                               ‘hamba’; maka hamba paduka ayahandalah yang
                                                                        berkirim  sembah  kepada  raja  China,
                                                                        bukannya paduka ayahanda.” Maka raja
                                                                        Brunei pun diam mendengar  sembah
                                                                        Menteri Jana Putera itu.

                                                                               (Dipetik daripada Sulalatus Salatin
                                                                            Sejarah Melayu, diselenggarakan oleh
                                                                           A. Samad Ahmad, 2000. Dewan Bahasa
                                                                                                dan Pustaka)















                          4.1.1  Memahami dan mengapresiasi karya prosa dari aspek sinopsis, tema, persoalan, nilai dan
                              pengajaran, watak dan perwatakan dengan memberikan respons yang betul dan rasional.  5757
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74