Page 70 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 70

Srikandi


                              Sastera Negara                                                   IMBAS SAYA




                           1.  Baca petikan dan analisis kepelbagaian binaan frasa adjektif yang terdapat dalam
             TEMA 5  TEMA 5  2.  Hasilkan perenggan yang mempunyai frasa adjektif yang betul dan tepat.
                              petikan tersebut.



                   Dani menerima e-mel daripada Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan.


             Bahasa dan Sastera Bahasa dan Sastera  Salam sastera buat saudara,

                   Terima kasih kerana mengucapkan tahniah atas kejayaan saya dipilih sebagai Sasterawan Negara
                   ke-13. Saya amat bersyukur sekali atas kejayaan ini. Apatah lagi saya menjadi wanita pertama
                   di negara ini bergelar Sasterawan Negara. Melalui kejayaan ini, penat lelah dan pahit manis yang
                   saya lalui sepanjang berkecimpung dalam dunia sastera terbayar akhirnya. Selain itu, kejayaan
                   ini juga turut menyuntik semangat saya untuk menghasilkan karya yang lebih hebat dan menarik.
                       Melalui kiriman e-mel ini, saya akan cuba menjawab soalan saudara tentang perkembangan
                   dunia sastera di Malaysia kini. Pada pendapat saya, perkembangan bidang sastera agak pesat. Pada
                   masa ini, peralatan telekomunikasi amat canggih dan capaian Internet juga begitu tinggi serta luas
                   sekali. Keadaan ini menjadi pemangkin kepada perkembangan ini.
                       Dahulu, karya sastera hanya dapat dinikmati  menerusi bahan bercetak  seperti buku dan
                   majalah atau sayembara yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kini, keadaan sudah berubah benar.
                   Karya-karya sastera terlalu mudah untuk didapati. Malahan, pembaca dapat membaca karya-karya
                   yang dimuat naik melalui laman-laman sesawang tertentu secara percuma.
                       Seperkara lagi, golongan muda semakin meminati dunia penulisan kreatif. Komuniti sastera
                   dalam kalangan golongan ini sangat besar. Karya-karya yang dihasilkan oleh mereka memaparkan
                   kepelbagaian tema dan persoalan yang sungguh menarik sekali.
                       Saya berharap agar dunia sastera di negara kita akan
                   terus berkembang seiring dengan peredaran zaman.
                   Hal ini dikatakan demikian kerana sastera memainkan
                   peranan yang penting terhadap negara ini. Tidakkah
                   saudara berminat dengan sastera? Hasilkanlah apa-apa
                   karya. Saya rasa masih tidak terlewat untuk saudara
                   mencuba sesuatu yang baharu.
                   Sekian dahulu buat kali ini.
                   Daripada,
                   Datuk Dr. Zurinah Hassan


                            Berdasarkan pelbagai sumber,
                            dapatkan maklumat tentang
                            Sasterawan Negara, anugerah
                            dan keistimewaan yang diterima.


                        5.4.1 Memahami dan menggunakan pelbagai frasa adjektif dengan betul dan tepat mengikut konteks.
                 58
                 58
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75