Page 68 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 68

Petah Bicara







             TEMA 5         1.  Analisis petikan untuk mengenal pasti isi-isi penting.
                            2.  Hasilkan ringkasan berdasarkan petikan tersebut.



                     Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu


                   Pernahkah  anda  mendengar  berita  tentang  Pertandingan  Pidato
             Bahasa dan Sastera  Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM)? Untuk  pengetahuan anda,
                   nama  PABM bukanlah  asing  lagi  dalam  kalangan  masyarakat
                   pencinta bahasa Melayu di luar negara. Hal ini dikatakan demikian
                   kerana PABM telah dianjurkan semenjak tahun 2007.
                      Pertandingan  ini diberikan  penarafan projek nasional pada
                   tahun 2008. Kementerian Pendidikan Tinggi telah bekerjasama
                   dengan  beberapa  kementerian lain  untuk menjadi  penganjur
                   bersama.  Kerjasama  yang  erat  ini  membuahkan  hasil  apabila
                   PABM  mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari
                   tahun ke tahun.
                      Idea penganjuran pertandingan ini dicetuskan oleh Dato’ Sri
                   Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. Salah satu objektif utama
                   penganjuran PABM  adalah untuk memperkukuh kedudukan
                   dan  martabat  bahasa  Melayu  di  peringkat  antarabangsa.  Hal ini
                   berlaku  kerana  dalam  era ledakan  teknologi  maklumat  dan dunia
                   tanpa sempadan ini, bahasa Melayu menghadapi cabaran yang besar.

                      Selain itu, penganjuran PABM juga bertujuan untuk melahirkan
                   rasa bangga dan yakin rakyat Malaysia kepada bahasa Melayu sebagai
                   bahasa ilmu yang telah tersebar ke seluruh dunia. Melalui PABM,
                   rakyat Malaysia dapat melihat betapa istimewanya  bahasa Melayu.
                   Sifat bahasa Melayu yang mudah lentur dan mudah dipelajari
                   dapat dibuktikan melalui penyampaian pidato secara bersahaja
                   dan fasih oleh pemidato dari seluruh dunia.
                      Pada awal penganjuran PABM, hanya satu kategori yang
                   dipertandingkan, iaitu Kategori Antarabangsa. Juara PABM  pertama
                   ialah Olga Vadimovna Vasilevskaya, peserta dari Rusia. Dari tahun
                   2008 hingga tahun 2014, dua kategori telah dipertandingkan, iaitu
                   Kategori Antarabangsa dan Kategori Alam Melayu. Bermula
                   tahun 2015, Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia telah
                   diperkenalkan. Secara keseluruhannya, PABM ialah projek nasional
                   yang amat membanggakan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.
                                                  (Sumber: http://www.pabm.com.my)

                         3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.
                 56
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73