Page 75 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 75

Dunia Penulisan Kreatif






                            Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut:
                            a) Petikan 1: Kenal pasti frasa adjektif.
                            b) Petikan 2: Analisis kesalahan frasa adjektif dan betulkan.                         TEMA 5  TEMA 5
                            c) Isi tempat kosong dengan frasa adjektif yang sesuai.



                                             Anda berminat dengan           Bagaimanakah untuk
                                               penulisan kreatif?            mendapatkan idea?


                                      1. Pengalaman sendiri
                                     Seseorang penulis boleh menghasilkan karya yang sungguh menarik sekali       Bahasa dan Sastera Bahasa dan Sastera
                                     dengan  menggunakan  pengalaman  sedia  ada  pada  dirinya.  Pengalaman  itu
                                     kemudiannya  diadunkan  menggunakan  kreativitinya  dengan  begitu  baik
                                     sekali untuk menghasilkan sesebuah jalan cerita. Dengan pengolahan bahasa
                                     yang indah nian dan jalan cerita yang amat menarik, tidak mustahil pembaca
                                     akan berebut-rebut untuk mendapatkan karya kreatif penulis tersebut.




                                      2. Pengalaman orang lain
                                     Ada penulis yang sungguh terkenal mendapat idea untuk mengarang daripada
                                     pengalaman orang lain. Walaupun begitu, karya yang dihasilkan masih lagi
                                     karya yang terbaik sekali. Kadang-kadang, ada orang mengalami pengalaman
                                     yang  benar hebat  untuk dikongsikan dengan orang lain tetapi tidak mempunyai
                                     medium untuk bercerita. Penulis boleh meminjam pengalaman tersebut untuk
                                     menghasilkan cerita. Perkara yang terpenting sekali ialah niat asal cerita itu
                                     dihasilkan adalah untuk kebaikan semua pihak.






                                      3. Pemerhatian
                                     Seseorang penulis sepatutnya mempunyai  pemerhatian  yang ... terhadap
                                     sesuatu perkara. Hal ini dikatakan demikian kerana kejadian-kejadian yang
                                     berlaku di sekeliling kita biasanya ...  untuk dijadikan idea untuk menghasilkan
                                     cerita.  Catatkan perkara-perkara yang dilihat dan perkara yang ... digunakan
                                     sebagai  idea  utama  sesebuah cerita.  Siapa  sangka perkara-perkara  yang
                                     dianggap biasa oleh sesetengah orang, apabila diceritakan semula dengan teknik
                                     penceritaan yang ..., menghasilkan karya kreatif yang ... ramai.






                          5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.
                                                                                                          6363
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80