Page 77 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 77

B.   Baca teks di bawah dengan teliti dan buat tugasan yang berikutnya.

                    Sofea terlibat dengan aktifnya dalam aktiviti Kelab Eco Rangers sekolahnya. Aktiviti-aktiviti yang
                    dijalankan menjurus ke arah melestarikan alam sekitar. Namun, peribahasa Melayu ada menyebut
                    bahawa tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Sofea telah terpilih sebagai salah   TEMA 5  TEMA 5
                    seorang peserta yang akan berangkat ke negara matahari terbit untuk suatu persidangan alam sekitar.
                        “Nama program ini ialah Asian and Oceanian Students Forum,” kata Cikgu Zawiah.
                        “Bilakah kita akan bertolak ke sana, cikgu?” soal salah seorang murid lain yang turut terpilih
                    ke sana.
                        “Kita akan bertolak ke sana pada 2 November,” jawab Cikgu Zawiah.
                        Seingat  Sofea, perjalanan  ke Jepun memakan  masa sekitar enam  hingga tujuh jam  kerana
                    penerbangan yang dinaiki oleh mereka singgah di Vietnam sebelum ke Jepun. Pertama kali Sofea
                    dan rakan-rakannya menjejakkan kaki ke sana, mereka sungguh teruja. Suhu di situ pada waktu itu   Bahasa dan Sastera Bahasa dan Sastera
                    ialah sekitar 12 C.
                                  o
                        Dalam  program  tersebut,  mereka  yang  mewakili  negara  Malaysia  membuat  dua  kali  sesi
                    pembentangan. Pembentangan pertama berlaku di Hidaka High School. Sementara itu, pembentangan
                    kedua pula berlangsung di Wakayama Prefecture Hall. Kedua-dua pembentangan ini berkisar tentang
                    isu alam sekitar.
                        Pengalaman  yang diperoleh mereka sungguh bernilai.  Dalam forum ini, mereka sempat
                    berkenalan  dengan  peserta  dari  negara-negara  lain.  Selain  itu,  mereka  juga  sempat  membuat
                    lawatan ringkas di Hidaka High School. Sekolah ini sungguh bersih dan aktiviti pembelajaran juga
                    berbeza dengan sekolah di Malaysia.
                        Seterusnya, lawatan ke pusat kajian tsunami ialah salah satu pengalaman berharga ketika berada
                    di sana. Di sini, mereka belajar tentang punca terjadinya tsunami dan langkah-langkah yang telah
                    dilaksanakan oleh negara Jepun untuk menangani ancaman bencana ini. Ternyata negara Jepun
                    mempunyai langkah yang tersusun untuk berhadapan dengan situasi ini.
                        Sofea berasa  bahawa  pengalaman  tujuh  hari  berada  di sana tidak  cukup untuk dia  dan
                    rakan-rakannya mengutip ilmu dan pengalaman. Namun, Sofea bersyukur kerana aktiviti forum
                    antarabangsa dan lawatan sambil belajar ini membuka matanya untuk melihat negara orang lain.

                    1.  Berdasarkan petikan, tandakan (√) bagi maklumat yang tepat dan (x) bagi maklumat yang salah.
                        a)   Kelab Eco Ranger menjalankan aktiviti untuk menjaga alam sekitar. (           )
                        b)   Suhu di Jepun ketika lawatan Sofea adalah lebih sejuk berbanding dengan suhu di Malaysia.
                            (           )
                        c)   Aktiviti  utama  program  Asian and  Oceanian Students  Forum ialah  lawatan  ke tempat
                            bersejarah di Jepun. (           )
                        d)   Sofea dan rakan-rakannya berada di Jepun selama seminggu. (           )
                        e)   Negara Jepun sentiasa diancam bencana tsunami. (           )
                    2.  Pada pendapat anda, apakah kebaikan aktiviti lawatan sambil belajar ke luar negara?
                    3.  Bina kerangka karangan dalam bentuk grafik secara terancang.
                    4.  Hasilkan  suatu  ringkasan tentang  pengalaman menarik  semasa  penulis  mengikuti  lawatan
                        berdasarkan petikan.





                                                                                                          6565
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82