Page 74 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 74
Gurau Senda Jalinan Kasih
IMBAS SAYA
1. Dendangkan seloka.
2. Fahami maksud seloka dan huraikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam
TEMA 5 TEMA 5 seloka tersebut.
Contoh: Persoalan amalan kejiranan yang akrab. (baris ketiga)
Huraian: Suatu ketika dahulu, anggota masyarakat mempunyai hubungan kejiranan
yang akrab. Mereka saling bergurau senda sehingga ikatan kejiranan menjadi mesra
dan harmoni.
Bahasa dan Sastera Bahasa dan Sastera Seloka Gurau Senda
Dulu-dulu bukan begini
nazam gurindam jadi siulan
senda gurau berteman jiran
pantun seloka jadi hiburan
uda dan dara menjalin kasih Teroka maklumat tentang
asal-usul seloka.
bahasa berbunga kias-berkias
manis kata madah bicara
indah budaya manis bahasa
sekarang tidak seperti dulu Cara mendendangkan seloka adalah
pantun seloka tidak diamalkan seperti yang berikut:
kias ibarat dianggap kolot 1. Seloka bebas dilagukan mengikut
seperti katak bawah tempurung kesesuaian irama dan mesej yang
sekarang tidak seperti dulu hendak disampaikan.
syair gurindam tidak berlagu 2. Seloka sesuai dialunkan dengan
madah pujangga dianggap lapuk irama yang rancak.
indah bahasa tersisih sudah.
Alias Derais
SMK (P) Sri Aman
4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud,
62 tema, persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul.
62

