Page 82 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 82

Sekolah Melayu Tertua








             TEMA 6         Berdasarkan bahan dialog, cipta puisi yang sesuai.








             Teladani Sejarah Hargai Warisan  Syahira:   Yuslina, boleh kamu tolong saya? Saya mahu membuat salinan fotokopi gambar ini.






                     Tahun 1826
                                                       Tahun 1930


                   Yuslina:    Boleh, Syahira. Itu gambar apa?
                   Syahira:      Ini gambar sekolah Melayu pertama yang dibuka di negara kita. Nama sekolah
                              ini ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor yang terletak di Pulau Pinang.

                   Yuslina:      Bilakah sekolah itu dibuka? Pasti usianya sudah ratusan tahun.
                   Syahira:      Sekolah ini dibuka pada tahun 1826. Jika dihitung usianya, sekolah ini sudah dibina
                              hampir 200 tahun dan merupakan sekolah Melayu yang tertua di negara kita.
                   Syahira:       Apakah yang kamu tahu lagi tentang sekolah ini, Yuslina?
                   Yuslina:       Sekolah ini telah diasaskan oleh seorang pemilik ladang di Gelugor yang bernama
                              David Brown. Pada asalnya, bangunan sekolah ini sebuah bangsal yang
                              berbumbungkan dan berdindingkan atap nipah serta berlantaikan papan.
                   Syahira:       Oh, begitu! Menarik sekali sejarah sekolah ini.
                   Yuslina:       Sejarah sekolah ini cukup menarik. Namun, yang lebih penting ialah sumbangannya
                              kepada bangsa dan negara. Bayangkan jasa yang telah ditabur oleh guru-guru di
                              sekolah ini kepada anak bangsa sejak sekian lama. Saya rasa sekolah ini perlulah
                              diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.
                   Syahira:      Benar, Yuslina. Saya amat bersetuju dengan pandangan kamu.
















                      Tahun 2011                        Sekarang

                           3.6.1  Menulis dan mengolah maklumat daripada bahan dialog dan bahan prosa kepada puisi menggunakan
                 70            ayat yang gramatis.
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87