Page 86 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 86
Raikan Budaya Bangsa
1. Baca teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Ceritakan perjalanan majlis “Malam Kebudayaan dan Kesenian Warisan”
TEMA 6 3. Pada pendapat anda, mengapakah program seperti ini wajar diadakan?
kepada rakan anda.
MASA/
SKRIP TEKNIKAL
TINDAKAN
PERKARA Pohon cemara tegak sebatang, Pengacara
8:30 malam
Teladani Sejarah Hargai Warisan Pengacara Tirai dibuka majlis dimulakan.
Majlis
Tempat pekaka mencari makan;
Kata Alu-aluan
Salam sejahtera selamat datang,
Majlis
Para hadirin yang dihormati,
Pada malam yang berbahagia ini, kita akan menyaksikan “Malam
Kebudayaan dan Kesenian Warisan”. Pada malam ini, pelbagai
acara kebudayaan dan kesenian warisan akan dipentaskan, antaranya
termasuklah persembahan boria, tarian zapin, persembahan
kompang, dan ghazal. Persembahan yang akan dipentaskan ini
ialah hasil kerjasama dan idea kreatif anggota Kelab Kesenian
dan Kebudayaan serta Persatuan Sejarah, Sekolah Menengah
Kebangsaan Tanjung Jati.
8:35 malam Saudagar kaya membawa lokan, Kumpulan
Persembahan Dari kota merentas gurun; boria
Pembukaan Warisan budaya usah dilupakan,
Kebanggaan kita turun-temurun.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai pembuka acara, saya dengan sukacitanya mempersilakan
Kumpulan Boria Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Jati
untuk menghangatkan majlis pada malam ini dengan persembahan
yang menghiburkan.
Dipersilakan.
2.1.1 Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan dan
74 intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.

