Page 87 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 87

Enaknya Juadah Kita






                              1.  Kenal pasti kesalahan ejaan dan tanda baca dalam petikan.
                                                                                                                  TEMA 6
                              2.  Tulis petikan itu dengan ejaan dan tanda baca yang betul.


                    Laksa Sarawak ialah makanan tradisi di Sarawak. Laksa ini
                    berbeza daripada laksa yang terdapat di semenanjung
                    Malaysia. Kuahnya seperti kuah mee kari tetapi
                    rasanya berbeza. Kuah laksa Sarawak sangat enak
                    kerana mempunyai rasa lemak, manis dan pedas.
                    Bahan asas makanan tradisi ini ialah sambal laksa,
                    sop asas yang mengandungi sambal belacan,
                    santan, asam jawa, bawang putih, lengkuas dan
                    serai. Selain itu, bahan lain seperti udang, toge,                                            Teladani Sejarah Hargai Warisan
                    isi ayam, hirisan telor goreng dan limau kasturi
                    menambahkan keenakan hidangan ini.



                                      Cendol merupakan sajian minuman
                                        tradisi yang cukup diminati oleh
                                         rakyat Malaysia. Rasanya yang
                                           lemak dan manis  hasil gabongan bahan
                                           seperti ais batu yang dikisar halus, santan kelapa, kacang merah dan
                                            gula melaka memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Kini cendol bukan
                                            sahaja dijual di gerai-gerai di tepi jalan malahan telah menjadi menu
                                            istimewa di restauran ternama. Bagi sesiapa yang belum
                                            mencubanya, nikmatilah cendol bersama dengan
                                           rojak atau pasembur. Wah sedapnya.


                                       Tahukah kamu makanan  ini. Inilah  tapai  iaitu
                                      sejenis makanan daripada pulut atau ubi. Untuk
                                    membuat  makanan  ini, pulut  atau  ubi perlu
                                   disebatikan dengan ragi. Tapai perlu  dibungkus
                                  dengan daun pisang. Tapai yang telah dibungkus
                                dimasukan ke dalam  pasu tempayan  dan ditutup
                    dengan kain. Tapai perlu disimpan dan diperam selama tiga hari.
                    Bagi masyarakat dahulu, mereka mempunyai pantang-larang ketika
                    membuat tapai. Antaranya  mereka dilarang makan sireh kerana jika
                    pantang ini dilanggar, tapai yang dihasilkan akan berwarna merah.





                          3.7.1  Mengedit ejaan, tanda baca, dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah maksud
                              asal dalam perenggan.                                                       75
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92