Page 89 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 89

Destar Warisan Kita







                              1.   Kelaskan kesalahan bahasa dalam petikan di bawah kepada kesalahan kata dan
                                 kesalahan frasa.
                              2.   Betulkan kesalahan yang telah anda kelaskan itu.                               TEMA 6


                                                                                          Destar Kacang
                    Sebentar saja lagi, Juliaton akan membentangkan hasil                   Dua Daun
                    tugasannya. Semua mata tertumpu ke Juliaton yang sedang
                    berdiri di hadapan kelas. Cikgu Halim yang berdiri di sudut
                    kelas memberikan isyarat agar murid-murid senyap dan
                    memberikan tumpuan seratus-peratus. Suasana dalam kelas
                    Tingkatan Dua Laksamana tatkala itu senyap seketika.
                        Setelah persediaan siap diatur, Juliaton pun memulakan
                    pembentangannya. Kajiannya ialah tentang destar. Menurutnya,                                  Teladani Sejarah Hargai Warisan
                    destar merupakan sejenis ikatan yang diperbuat daripada kain
                    tenun, songket dan batik. Destar juga dikenali sebagai setanjak
                    dan tengkolok, iaitu sejenis ikatan kepala pelengkap pakaian
                    lelaki Melayu.
                       Seterusnya, Juliaton  memaparkan  pula  gambar  pelbagai
                    jenis-jenis  kain yang digunakan  untuk mengikat  destar
                    di paparan multimedia.                                     Setanjak          Destar
                       Juliaton  membentangkan  dengan  tenang  hasil  kerjanya.   Sebang        Helang
                    Dia berbicara dengan lancar sambil jari-jemarinya menekan   Selat          Menyambar
                    papan  kekunci komputer  riba  untuk  memaparkan  paparan
                    multimedia. Semua murid-murid termasuklah Nadia menyaksikan
                    pembentangan itu dengan penuh minat.                        Kain destar songket
                        Setelah  pembentangan berdurasi 20 minit  itu selesai,
                                      maka  tibalah  giliran  Nadia pula untuk
                                      membuat pembentangan. Nadia bingkas
                                      bangun maka berjalan ke hadapan kelas
                                      bila namanya dipanggil oleh Cikgu
                                      Halim.  Langkahnya  dihayun kemas
                                      biarpun dadanya mula berombak kencang.
                                      Berbekalkan  dengan persediaan  yang
                                      rapi dan keyakinan diri yang tinggi, dia
                                      berharap pembentangannya berjalan lancar
                                      dan hasil kerjanya terpilih sebagai yang                   Kain destar
                                      terbaik sekali.                                          batik bergerus
                                                                      Kain destar batik Jawa



                      Tanjak Laksamana Terengganu               (Sumber:  Destar Warisan Malaysia, Koleksi Terpilih,
                                                                        2009. Jabatan Muzium Malaysia)

                          5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.
                                                                                                          77
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94