Page 185 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 185
2. Pilih ‘Penerokaan 1’. Tentukan hasil tambah dua sudut yang dipaparkan.
Apakah yang diperhatikan?
3. Seret titik-titik hitam dan ulang Langkah 2. Bincang dengan rakan anda dan
nyatakan satu kesimpulan.
4. Ulang Langkah 2 dan 3 untuk ‘Penerokaan 2’ dan ‘Penerokaan 3’.
5. Nyatakan kesimpulan yang boleh dibuat.
Hasil daripada Aktiviti Penerokaan 3, didapati bahawa
(i) dalam Penerokaan 1, hasil tambah dua sudut itu ialah sentiasa 90°.
Dua sudut itu disebut sebagai sudut pelengkap antara satu sama lain.
(ii) dalam Penerokaan 2, hasil tambah dua sudut itu ialah sentiasa 180°.
Dua sudut itu disebut sebagai sudut penggenap antara satu sama lain.
(iii) dalam Penerokaan 3, hasil tambah dua sudut itu ialah sentiasa 360°.
Dua sudut itu disebut sebagai sudut konjugat antara satu sama lain.
8.1d
1. Jelaskan sama ada setiap pernyataan berikut BENAR atau PALSU.
(a) 60° ialah sudut pelengkap bagi 30°.
(b) 125° ialah sudut penggenap bagi 45°.
(c) 300° dan 60° ialah sudut konjugat.
(d) 142° dan 38° ialah sudut penggenap. BAB
(e) Jika A ialah sudut konjugat bagi B, maka A = 360° – B. 8
Bagaimanakah anda menyelesaikan masalah?
PEMBELAJARAN
Contoh 1 Menyelesaikan masalah
yang melibatkan sudut
Dalam rajah di sebelah, p dan 54° ialah s 54° pelengkap, sudut
sudut pelengkap. Diberi p dan q ialah r p penggenap dan
sudut penggenap dan sudut konjugat q sudut konjugat.
bagi r ialah 260°. Hitung nilai p, q, r
dan s.
p + 54° = 90° Sudut pelengkap r + 260° = 360° Sudut konjugat
Maka, p = 90° – 54° Maka, r = 360° – 260°
= 36° = 100°
p + q = 180° Sudut penggenap s + 100° + 144° + 36° + 54° = 360° Sudut putaran
lengkap
36° + q = 180° s + 334° = 360°
Maka, q = 180° – 36° s = 360° – 334°
= 144° = 26°
175
Garis dan Sudut
08 Text book Mate Tg1.indd 175 10/17/16 5:29 PM

