Page 267 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 267

3.  Letakkan kad nombor ke dalam bulatan yang betul.
                 4.  Apakah yang anda perhatikan tentang kedudukan kedua-dua bulatan?
                 5.  Apakah hubungan antara set A dengan set B?



                 Hasil daripada Aktiviti Penerokaan 2, didapati bahawa setiap
                 unsur dalam  set  B ialah  unsur bagi set  A.  Set  B disebut
                 sebagai subset bagi set A dan ditulis sebagai B , A.           Merujuk kepada Aktiviti
                                                                                Penerokaan 2, jika set C
                                                                                mewakili gandaan bagi 8,
                  Contoh     8                                                  bincangkan hubungan
                                                                                antara set C dengan set B
                 Bagi setiap  yang berikut,  tentukan  sama ada set  A ialah    dan hubungan antara
                 subset bagi set B atau bukan.                                  set C dengan set A.

                 (a)  A = {2, 4, 6} dan B = {1, 2, 3, 4, 5, 6}
                 (b)  A = {nombor perdana yang kurang daripada 20} dan
                     B = {nombor ganjil yang kurang daripada 20}
                                                                                Apakah hubungan antara
                 (c)  A = {huruf dalam perkataan ‘SOPAN’} dan                   P dengan Q  jika P , Q
                     B = {huruf dalam perkataan ‘KESOPANAN’}
                                                                                dan Q , P?

                 (a)  A , B      Setiap unsur A terdapat dalam B.


                 (b)  A = {2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19}                                TIP    BESTARI
                                                                                 “Bukan subset bagi”
                     B = {1, 3, 5, 7, 9, 11, 13, 15, 17, 19}   Unsur 2 tidak     boleh ditulis dengan
                                                             terdapat dalam B.
                     A  B                                                       menggunakan simbol .
                                                                                 Misalnya, P bukan subset
                 (c)  A , B      Setiap unsur A terdapat dalam B.                bagi Q boleh ditulis
                                                                                 sebagai P  Q.

                 Pada hari pertama kejohanan olahraga, tiga acara olahraga
                 telah  diadakan di sebuah sekolah ialah  100 m, 200 m dan
                 400  m.  Seorang  murid  boleh  mengambil  bahagian  dalam                                   BAB
                 satu, dua atau tiga acara itu.
                                                                                                              11
                      Jika set  A mewakili acara olahraga yang diadakan di
                 sekolah itu pada hari pertama kejohanan olahraga, maka
                 A = {100 m, 200 m, 400 m}.
                      Acara yang mungkin disertai oleh seorang murid ialah
                 {100 m}, {200 m}, {400 m}, {100 m, 200 m}, {100 m, 400 m},           TIP    BESTARI
                                                                                   •  Set kosong, f
                 {200  m, 400  m},  {100  m,  200  m,  400 m}.  Murid  itu  juga     ialah subset bagi
                 mungkin tidak mengambil bahagian dalam mana-mana acara              sebarang set.
                 dan ini diwakili oleh set kosong, {  }.                           •  Set itu sendiri
                                                                                     ialah subset bagi
                      Maka, setiap set acara yang disenaraikan itu ialah subset      sebarang set.
                 bagi set A.

                                                                                                       257
                                                                                   Pengenalan Set



       11 Text book Mate Tg1.indd   257                                                               10/17/16   5:36 PM
   262   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272