Page 272 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 272

1.  Huraikan set P = {segi empat sama, segi empat tepat, trapezium, segi empat selari,
                   lelayang, rombus} secara perihalan.
               2.  A = {x : x bukan integer positif dan juga bukan integer negatif}.
                   Apakah unsur bagi A?
               3.  Terangkan sama ada setiap pasangan set berikut ialah set sama atau bukan.
                   (a)  P = {nombor genap}; Q = {gandaan 2}
                   (b)  A = {0}; B = f
                   (c)  E = {faktor bagi 15}; F = {nombor yang boleh dibahagi tepat dengan 15}




               4.  Jika  j  = {x : 10  <  x  < 30,  x ialah  nombor genap} dan  P = {gandaan  bagi 4},
                   cari n(P9).
               5.  Diberi set semesta  j,  A  ,  B dan  C  ,  A. Lukis sebuah gambar rajah Venn untuk
                   mewakilkan set j, A, B dan C.
                                                                           ξ
               6.  Berdasarkan gambar rajah Venn di sebelah,                  Q
                   (a)  apakah hubungan antara Q dengan R?                        R
                   (b)  apakah yang diwakili oleh kawasan berlorek?





               7.  Set P = {integer positif} dan Q = {nombor perdana yang lebih besar daripada 2}.
                   (a)  Set manakah merupakan set semesta? Berikan justifikasi jawapan anda.
                   (b)  Jika Q , R , P, takrifkan set R secara perihalan.
       BAB
      11       8.  Sebuah pusat latihan menawarkan tiga kursus kemahiran iaitu masakan, reka cipta dan
                   komputer. Jika set K mewakili kursus kemahiran yang ditawarkan oleh pusat latihan
                   itu  dan setiap  pilihan  yang mungkin  dibuat  oleh  seseorang  pelajar  sebagai  subset
                   bagi  K, tentukan bilangan cara  yang mungkin  untuk seseorang pelajar  membuat
                   pilihannya.
               9.  Berikut ialah perbualan antara Yazid dengan Mei Li.
                   Yazid  :  Jika set semesta ialah {murid di Kelas 1 Bakti} dan
                             set A = {pengawas perempuan}, apakah pelengkap bagi set A?
                   Mei Li :  Pelengkap bagi set A ialah murid perempuan yang bukan pengawas.
                   Adakah pernyataan Mei Li adalah benar atau tidak benar?
                   Berikan justifikasi jawapan anda.

             262
             BAB 11



       11 Text book Mate Tg1.indd   262                                                               10/17/16   5:37 PM
   267   268   269   270   271   272   273   274   275   276   277