Page 276 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 276

12.1  Proses Pengumpulan, Pengorganisasian dan Perwakilan

                        Data, serta Pentafsiran Perwakilan Data

                     Bagaimanakah anda menjana soalan statistik
                    dan mengumpul data yang relevan?                                  PEMBELAJARAN
                                                                               Menjana soalan statistik
               Untuk mengumpul  data  yang relevan,  kita  perlu menjana       dan mengumpul data
               soalan statistik. Apakah itu soalan statistik?                  yang relevan.
                    Soalan statistik ialah soalan yang boleh dijawab dengan
               mengumpul data dan terdapat keragaman atau kebolehubahan          Maklumat tentang
                                                                                 tinggi murid dan
               dalam data tersebut. Misalnya,
                                                                                 makanan kegemaran
                                                                                 diperoleh melalui
                     Soalan statistik                Keterangan
                                                                                 pengumpulan data.
                 “Berapakah tinggi murid   Terdapat kebolehubahan dalam
                 dalam Kelas 1 Amanah?”    tinggi murid, misalnya, 150 cm,
                                           156 cm, 164 cm dan sebagainya.
                 “Apakah makanan           Terdapat keragaman dalam jenis
                 kegemaran murid Kelas     makanan kegemaran, misalnya,
                 1 Amanah?”                nasi lemak, mi goreng, laksa
                                           dan sebagainya.

                    Adakah soalan yang berikut ialah soalan statistik? Terangkan.  Janakan soalan statistik
                   •  “Berapakah tinggi Rosmee?”                               dan kumpulkan data
                   •  “Adakah  murid dalam Kelas  1 Amanah lebih  suka makan     bagi setiap yang berikut
                     nasi lemak daripada makan mi goreng?”                     dalam kelas anda.
                                                                               •  Jenis permainan
               Selepas menjana soalan statistik,  langkah yang berikutnya       kegemaran murid
               ialah menentukan kaedah pengumpulan data. Data boleh            •  Cara murid ke sekolah
               dikumpul dengan pelbagai kaedah.

                                        KAEDAH PENGUMPULAN DATA




                    Temu bual              Tinjauan             Pemerhatian           Eksperimen
                                           Soal Selidik
                                         1. Apakah program TV
       BAB
      12                                     yang anda gemari?
                                            Drama
                                            Sukan
                                            Kartun
                                            Dokumentari
                                            Lain-lain
               Misalnya, cara murid   Misalnya, program     Misalnya, bilangan    Misalnya, suhu air
               datang ke sekolah.    televisyen yang        kereta yang melalui satu  panas yang menyejuk
                                     digemari oleh          persimpangan jalan raya  setiap lima minit.
                                     setiap murid.          setiap jam.



             266
            BAB 12



       12 Text book Mate Tg1.indd   266                                                               10/17/16   5:38 PM
   271   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281