Page 6 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 6

KATA ALU-ALUAN


             PENAUNG












             Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.


             Setinggi-tinggi penghargaan, syabas dan tahniah kepada seluruh warga Kolej Komuniti
             Sik atas usaha dan kejayaan menerbitkan Buku Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan
             Kolej Komuniti Sik 2018~2020. Saya bangga apabila melihat penerbitan buku berkenaan
             hasil inovasi dan penulisan ilmiah semakin giat dilaksanakan di Politeknik dan Kolej
             Komuniti. JPPKK sangat menggalakkan usaha institusi untuk menerbitkan bahan-bahan
             yang mempunyai integrasi nilai perkembangan
             teknologi terkini.


             Inti pati buku ini bersesuaian dengan aspirasi yang terkandung dalam Teras ke-6, Pelan
             Strategik JPPKK iaitu membudaya penyelidikan gunaan dan inovasi. Syabas dan tahniah
             kepada semua pencetus idea inovasi, penyelidik serta penulis dalam Buku Kelestarian
             Inovasi dan Penyelidikan ini. Kesudian tuan–tuan dan puan–puan dalam berkongsi ilmu
             ini sedikit sebanyak dapat menjadi sumber rujukan kepada politeknik dan kolej komuniti
             dalam mencetuskan ilham rekaan inovasi berimpak tinggi. Penyelidikan yang dijalankan
             tidak hanya sekadar di lisan tetapi diterjemahkan dalam kertas penyelidikan yang
             diteguhkan dengan pembuktian yang terperinci.


             Adalah diharapkan dengan penerbitan buku ini dapat meningkatkan daya saing yang
             positif  dalam  kalangan  warga  institusi  untuk  mereka  saling  berkongsi  pengalaman,
             meningkatkan idea dan kreativiti seterusnya tampil menghasilkan rekacipta yang lebih
             inovatif dan berimpak di masa hadapan.

             Sekian, terima kasih.

             DR. ISHAK BIN MOHAMAD
             Pengarah
             Pusat Penyelidikan dan Inovasi
             Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
             Kementerian Pengajian Tinggi








                                                        4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11