Page 8 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 8

PRAKATA


              KETUA EDITOR









              Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

              Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Unit
              Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Sik berjaya menghasilkan sebuah buku yang
              menghimpunkan karya inovasi dan penyelidikan bermula tahun 2018 sehingga tahun 2020.
              Penerbitan buku ini adalah bertujuan untuk menjadi panduan, rujukan dan sorotan kembali
              berkenaan  pelaksanaan  aktiviti  penyelidikan  dan  inovasi  yang  giat  dijalankan  di  Kolej
              Komuniti Sik.

              Unit  Penyelidikan  dan  Inovasi  Kolej  Komuniti  Sik  mempercayai  bahawa  pembudayaan
              inovasi dan kreativiti secara terancang lagi konsisten mampu melonjakkan usaha dalam
              menjadikan  Jabatan  Pendidikan  Politeknik  dan  Kolej  Komuniti  sebagai  salah  satu  pusat
              penyelidikan gunaan dan inovasi yang mantap.

              Dengan  keupayaan  para  pensyarah  dan  pelajar  membangunkan  pelbagai  produk  dan
              teknologi  terkini,  ia  dapat  mewujudkan  persekitaran  institusi  yang  kondusif  pada  masa
              hadapan disamping dapat meningkatkan imej korporat Kolej Komuniti Sik. Ia juga dapat
              menyemarakkan aktiviti kreatif, inovatif dan mewujudkan persekitaran kepada kami semua
              supaya sentiasa mencari peluang dalam menghasilkan pelbagai inovasi dan kajian berimpak
              tinggi sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.

              Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak terutamanya Sidang Redaksi
              dalam menggembleng tenaga dan mengorbankan masa dalam tempoh menyempurnakan
              karya yang bernilai ini. Tanpa anda semua, Buku Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej
              Komuniti Sik 2018 ~ 2020 ini hanyalah angan-angan semata. Semoga dengan penerbitan
              buku ini, segala matlamat yang disasarkan akan tercapai dan hasrat Kolej Komuniti Sik
              untuk menjadi institusi TVET yang unggul akan terlaksana.

              ‘Baca Buku, Buka Dunia’

              Sekian, terima kasih.

              Nurul Nadiah binti Shahrom
              Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi
              Kolej Komuniti Sik
              Kementerian Pengajian Tinggi








                                                        6
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13