Page 7 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 7

PENGHARGAAN


               PENASIHAT












               Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.


               Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya,
               Buku Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik 2018~2020 telah berjaya
               diterbitkan. Saya mengucapkan setinggi–tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
               Unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Sik atas usaha merealisasikan penerbitan
               buku ini.

               Buku  Kelestarian  Inovasi  ini  menghimpunkan  maklumat  inovasi  dan  kertas
               penyelidikan yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Sik bermula
               dari tahun 2018 hingga 2020. Dengan mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi
               dari  Jabatan  Pendidikan  Politeknik  dan  Kolej  Komuniti,  jumlah  produk  inovasi  dan
               kertas penyelidikan semakin bertambah saban tahun. Cabaran, pengalaman dan
               kejayaan yang dikecapi menjadikan kualiti inovasi dan penyelidikan semakin matang
               dan  berkualiti.  Pencapaian  ini  tidaklah  terhad  hanya  di  kolej,  malah  turut  mendapat
               pengiktirafan industri luar.

               Saya mewakili warga Kolej Komuniti Sik akan sentiasa komited untuk terus berusaha
               dalam menerbitkan karya yang boleh dimanfaatkan untuk semua peringkat institusi.
               Akhir kata, saya berharap kepada semua warga Kolej Komuniti Sik agar dapat terus
               memberikan  sokongan  yang  padu  kepada  penerbitan  buku  sebegini  di  masa  akan
               datang.  Semoga  budaya  penulisan  dalam  kalangan  para  pensyarah  ini  akan  terus
               berkembang  selari  dengan  usaha  mewujudkan  persekitaran  yang  positif  dalam
               menyokong pembangunan ekosistem inovasi yang mampan dan berterusan.
               Selamat membaca.

               Sekian, terima kasih.

               KHAIRUL ANUAR BIN AZIZ
               Pengarah
               Kolej Komuniti Sik
               Kementerian Pengajian Tinggi






                                                        5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12