Page 5 - Penerbitan Buku_22112020
P. 5
KATA ALU-ALUAN
PENAUNG
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan, syabas dan tahniah kepada seluruh warga Kolej
Komuniti Sik atas usaha dan kejayaan menerbitkan Buku Kelestarian Inovasi dan
Penyelidikan Kolej Komuniti Sik 2018~2020. Saya bangga apabila melihat penerbitan
buku berkenaan hasil inovasi dan penulisan ilmiah semakin giat dilaksanakan di
Politeknik dan Kolej Komuniti. JPPKK sangat menggalakkan usaha institusi untuk
menerbitkan bahan-bahan yang mempunyai integrasi nilai perkembangan
teknologi terkini.
Inti pati buku ini bersesuaian dengan aspirasi yang terkandung dalam Teras ke-6,
Pelan Strategik JPPKK iaitu membudaya penyelidikan gunaan dan inovasi. Syabas
dan tahniah kepada semua pencetus idea inovasi, penyelidik serta penulis dalam
Buku Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan ini. Kesudian tuan–tuan dan puan–puan
dalam berkongsi ilmu ini sedikit sebanyak dapat menjadi sumber rujukan kepada
politeknik dan kolej komuniti dalam mencetuskan ilham rekaan inovasi berimpak
tinggi. Penyelidikan yang dijalankan tidak hanya sekadar di lisan tetapi diterjemah-
kan dalam kertas penyelidikan yang diteguhkan dengan pembuktian yang terperinci.
Adalah diharapkan dengan penerbitan buku ini dapat meningkatkan daya saing yang
positif dalam kalangan warga institusi untuk mereka saling berkongsi pengalaman,
meningkatkan idea dan kreativiti seterusnya tampil menghasilkan rekacipta yang
lebih inovatif dan berimpak di masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
DR. ISHAK BIN MOHAMAD
Pengarah
Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi
Kolej Komuniti Sik 5

