Page 6 - Penerbitan Buku_22112020
P. 6

PENGHARGAAN


               PENASIHAT









               Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

               Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya,
               Buku Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik 2018~2020 telah berjaya
               diterbitkan. Saya mengucapkan setinggi–tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
               Unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Sik atas usaha merealisasikan penerbitan
               buku ini.

               Buku  Kelestarian  Inovasi  ini  menghimpunkan  maklumat  inovasi  dan  kertas
               penyelidikan yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Sik bermula
               dari tahun 2018 hingga 2020. Dengan mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi
               dari Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, jumlah produk inovasi dan ker-
               tas penyelidikan semakin bertambah saban tahun. Cabaran, pengalaman dan kejayaan
               yang dikecapi menjadikan kualiti inovasi dan penyelidikan semakin matang dan berkual-
               iti. Pencapaian ini tidaklah terhad hanya di kolej, malah turut mendapat pengiktirafan
               industri luar.

               Saya mewakili warga Kolej Komuniti Sik akan sentiasa komited untuk terus berusaha
               dalam menerbitkan karya yang boleh dimanfaatkan untuk semua peringkat institusi.
               Akhir kata, saya berharap kepada semua warga Kolej Komuniti Sik agar dapat terus
               memberikan sokongan yang padu kepada penerbitan buku sebegini di masa akan da-
               tang. Semoga budaya penulisan dalam kalangan para pensyarah ini akan terus berkem-
               bang selari dengan usaha mewujudkan persekitaran yang positif dalam menyokong
               pembangunan ekosistem inovasi yang mampan dan berterusan.
               Selamat membaca.

               Sekian, terima kasih.


               KHAIRUL ANUAR BIN AZIZ
               Pengarah
               Kolej Komuniti Sik
               Kementerian Pengajian Tinggi








                                                                              6     Kolej Komuniti Sik
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11