Page 7 - Penerbitan Buku_22112020
P. 7
PRAKATA
KETUA EDITOR
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Unit
Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Sik berjaya menghasilkan sebuah buku yang
menghimpunkan karya inovasi dan penyelidikan bermula tahun 2018 sehingga tahun
2020. Penerbitan buku ini adalah bertujuan untuk menjadi panduan, rujukan dan sorotan
kembali berkenaan pelaksanaan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang giat dijalankan di
Kolej Komuniti Sik.
Unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Sik mempercayai bahawa pembudayaan
inovasi dan kreativiti secara terancang lagi konsisten mampu melonjakkan usaha dalam
menjadikan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai salah satu pusat
penyelidikan gunaan dan inovasi yang mantap.
Dengan keupayaan para pensyarah dan pelajar membangunkan pelbagai produk dan
teknologi terkini, ia dapat mewujudkan persekitaran institusi yang kondusif pada masa
hadapan disamping dapat meningkatkan imej korporat Kolej Komuniti Sik. Ia juga dap-
at menyemarakkan aktiviti kreatif, inovatif dan mewujudkan persekitaran kepada kami
semua supaya sentiasa mencari peluang dalam menghasilkan pelbagai inovasi dan kaji-
an berimpak tinggi sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.
Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak terutamanya Sidang Redaksi
dalam menggembleng tenaga dan mengorbankan masa dalam tempoh menyempurna-
kan karya yang bernilai ini. Tanpa anda semua, Buku Kelestarian Inovasi dan Penyelidi-
kan Kolej Komuniti Sik 2018 ~ 2020 ini hanyalah angan-angan semata. Semoga dengan
penerbitan buku ini, segala matlamat yang disasarkan akan tercapai dan hasrat Kolej
Komuniti Sik untuk menjadi institusi TVET yang unggul akan terlaksana.
‘Baca Buku, Buka Dunia’
Sekian, terima kasih.
Nurul Nadiah binti Shahrom
Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
Kolej Komuniti Sik
Kementerian Pengajian Tinggi
Kolej Komuniti Sik 7

